Monday, May 20, 2013

PROGRAM JALINAN KASIH

Pada Sabtu, 18 Mei 2013 yang lalu, Kelab Guru & Staff SK Jelutong telah mengadakan satu Program Jalinan Kasih bagi semua guru dan kaitangan sekolah. Program ini telah diadakan di Naza Talyya Hotel, Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Program yang diadakan sempena sambutan Hari Guru ini bermula pada jam 9:00 pagi dengan semua peserta berkumpul di lobi hotel. Antara acara yang diadakan untuk peserta ialah "Animal Call", "Waiter Race", "Coconut Bowling", "Centipede Reverse Walk", "Throwing Ballons" dan kemuncak acara "Kacip Pinang". Majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah dan makan tengahari. Peserta besurai kira- kira jam 2:00 petang.





SAMBUTAN HARI GURU SK JELUTONG 2013

Majlis sambutan hari guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2013 yang lalu. Majlis dimulai dengan semua guru sesi pagi dan petang berkumpul di hadapan bangunan prasekolah jam 11:15 pagi. Pada pukul 11:30 pagi, semua guru mula bergerak ke Dewan SK Jelutong.
Kehadiran guru- guru di dewan sekolah disambut oleh murid- murid dan pihak pentadbir dengan taburan bunga rampai. Majlis kemudiannya diteruskan dengan bacaan doa, ucapan ketua murid, ucapan Guru Besar, bacaan ikrar Hari Guru, nyanyian lagu "Guru Malaysia", penyampaian hadiah Guru Cemerlang dan sebagainya.




Thursday, May 9, 2013

PENILAIAN KENDALIAN SEKOLAH RENDAH 1

SEMOGA BERJAYA !!


KARNIVAL KO- KURIKULUM AKADEMIK 2013

Alhamdulillah, SK Jelutong telah pun berjaya menjadi tuan rumah bagi Karnival Ko- Kurikulum Akademik 2013 Peringkat Kelompok R4. Karnival ini telah diadakan pada Jumaat, 19 April 2013, jam 9:00 pagi. Antara pertandingan yang diadakan ialah Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2, Pidato Piala Diraja, Action Song Tahap 1, Story Telling Tahap 2, Coral Speaking Tahap 2, Public Speaking Tahap 2 dan Ejaan Knowledge Discovery. Berikut adalah senarai johan bagi acara- acara yang diadakan;

  1. Bercerita Tahap 1  - Nurul Syiffa bt. Mohd Rahizam (SK Jelutong Barat)
  2. Bercerita Tahap 2  - Nurul Aina Nisrina bt. Mohamad Fazli (SK Jelutong)
  3. Pidato Piala Diraja  - Siti Nur Fatihah bt. Mashoor (SK Jelutong)
  4. Action Song Tahap 1  - SJK (C) Union
  5. Story Telling Tahap 2  - SJK (C) Sum Sun
  6. Coral Speaking Tahap 2  - SK Jalan Residensi
  7. Public Speaking Tahap 2  - Gaurav Kumar Sharma (SK St. Xavier Caw.)
  8. Ejaan Knowledge - Dimutri Khoo Teng Li (SJK (C) Union)



LAWATAN KELAB GURU KE CAMERON HIGHLANDS

Kelab Guru SK Jelutong telah pun mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands pada 13 - 14 April 2013 yang lalu. Seramai 40 guru dan ahli keluarga masing- masing telah menyertai lawatan ini. Perjalanan ke Cameron Highlands bermula jam 1:30 pagi Sabtu di mana semua peserta berkumpul di  kawasan sekolah. Antara tempat menarik yang dilawati ialah Pasar Pagi Cameron, Bharat Tea, Cactus Park, Mardi, Rose Valley Farm dan sebagainya. Rombongan ini sampai semula ke SK Jelutong pada jam 10:00 malam berikutnya.


MERENTAS DESA 2013

Alhamdulillah, program Merentas Desa SK Jelutong untuk tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 April 2013 yang lalu. Larian ini melibatkan semua murid mengikut kumpulan sasaran iaitu murid Tahun 3 hingga 6 (Lelaki dan Perempuan). Bagi murid- murid pasekolah, Tahun 1 dan 2, satu pertandingan mewarna telah diadakan di dewan sekolah. Sebelum acara berlansung, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Yani b. Hussain. Semua murid dan guru turut memanaskan badan dalam sesi senamrobik yang dipimpin oleh AJK PIBG sekolah. Program tamat pada pukul 12:00 tengahari.