Wednesday, July 31, 2013

HARI SUKAN SK JELUTONG 2013

Kejohanan Sukan Tahunan SK Jelutong kali ke-39  telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Julai 2013 (Sabtu) bermula jam 8:00 pagi. Kejohanan yang bertempat di padang sekolah ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah, Tuan Hj. Abdul Jabar bin Abdullah. Tahniah kepada rumah Orkid yang telah menjadi Johan keseluruhan. Naib Johan ialah rumah Daisy sementara tempat ketiga dan keempat ialah rumah Jasmine dan Ixora. Tahniah kepada adik Muhammad Solihin bin Sohaimi (Orkid) dan adik Nur Azmira binti Suhaimi (Orkid) yang telah menjadi Olahragawan dan Olahragawati sekolah untuk tahun 2013. Tahniah juga kepada semua guru dan murid SKJ yang bertungkus lumus menjayakan Hari Sukan Sekolah tahun ini. Tahun depan kita jumpa lagi di edisi Hari Sukan seterusnya.







Friday, July 5, 2013

JAPAN PRIZE 2013

SK Jelutong julung- julung kalinya telah menyertai Pertandingan Japan Prize untuk tahun 2013. Satu klip video telah dihasilkan oleh guru- guru dibantu oleh beberapa orang murid sekolah ini. Pertandingan ini diharapkan akan dapat memberi pengalaman berharga buat warga sekolah. Walaupun tidak mengharapkan sebarang kejayaan, komitmen yang ditunjukkan oleh warga sekolah amatlah dihargai. Klip video ini telah diarahkan oleh En. Norizuady bin Ahmad dan dibantu oleh En. Fakrul Faris bin Abdullah dan Puan Norhamtizar.


GENG MARHABAN SK JELUTONG

SK Jelutong di bawah Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF telah menubuhkan satu kumpulan marhaban sekolah. Kumpulan yang dinamakan 'Soutul Ikhwan' ini buat masa ini hanya melakukan persembahan untuk majlis- majlis peringkat sekolah. Idea untuk menubuhkan kumpulan ini telah dicetuskan oleh Guru Besar, Pn. Hjh. Maznah bt. K. Kader Sultan. Adalah diharapkan kumpulan ini akan semakin berjaya di masa yang akan datang.



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2013

Hari Anugerah Kecemerlangan (HAK) 2013 SK Jelutong telah berlangsung dengan jayanya pada 21 Jun 2013 (Jumaat) di Dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan pada 8:00 pagi dengan kehadiran tetamu kehormat, tetamu jemputan, barisan pentadbir, ibu bapa dan waris murid- murid yang menerima anugerah. Semua hadirin berdiri semasa nyanyian lagu Negaraku. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Shaffi bin Yusof Ghani. Majlis diteruskan dengan acara berikut;

- Ucapan Guru Besar, Pn. Hjh. Maznah binti K. Kader Sultan

- Ucapan dan perasmian oleh  YDP PIBG, En. Abdul Jabbar bin Abdullah

- Persembahan Multimedia

- Persembahan Marhaban

- Penyampaian Anugerah Kedudukan Terbaik Dalam Kelas

- Penyampaian Anugerah Matapelajaran Terbaik

- Persembahan Bercerita

- Persembahan Action Song

Majlis bersurai jam 11:30 pagi.