Wednesday, August 26, 2015

MAJLIS MOHON RESTU UPSR 2015

Majlis Mohon Restu UPSR 2015 telah diadakan dengan jayanya pada 22 Ogos 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, bacaan doa, ucapan aluan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Abdul Jabar bin Abdullah. Slot seterusnya ialah ceramah motivasi oleh En. Mohamad Faizel bin Ali dari Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang diikuti doa penutup oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah. Majlis bersurai pada jam 11:00 pagi.

PEMERIKSAAN KESIHATAN TAHUN 6 2015

Pada 21 Ogos 2015 (Jumaat) yang lalu, satu pemeriksaan kesihatan untuk murid- murid Tahun 6 telah diadakan di Dewan SK Jelutong. Ianya melibatkan pemeriksaan fizikal seperti obesiti, jantung, tiriod dan sebagainya. Ujian telah dijalankan oleh staf- staf dari Klinik Kesihatan Jalan Perak, Jelutong, Pulau Pinang.

BACAAN YASIN SEMPENA UPSR 2015

Satu majlis bacaan Yasin untuk murid- murid Tahun 6 2015 telah diadakan pada 20 Ogos 2015 (Khamis) yang lalu bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis yang diadakan serentak di semua sekolah PPD Timur Laut ini turut melibatkan ibu bapa dan waris murid- murid Tahun 6. Bacaan Yasin diketuai oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah manakala solat hajt diimamkan oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani.

Tuesday, August 18, 2015

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN 2015

Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan 2015 telah berlangsung pada 17 Ogos 2015 (Isnin) bertempat di dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang dan lagu Sekolah diikuti ucapan aluan dan perasmian oleh Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid. Kemudian, majlis diteruskan dengan gimik dan persembahan murid dan diakhiri dengan nyanyian lagu Tema Kemerdekaan 2015, Sehati Sejiwa, Keranamu Malaysia dan lagu Jalur Gemilang.

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI PRA SEKOLAH 2015

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana SK Jelutong telah berjaya menyambut Hari Anugerah Cemerlang dan Graduasi Pra Sekolah 2015 dengan jayanya. Majlis berlangsung pada 15 Ogos 2015 (Sabtu) bertempat di Dewan SK Jelutong. Perasmian majlis telah disempurnakan oleh En. Roland @ Rozaidi b. Abu Hassan, Pegawai SIP+, Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut. Antara aturcara majlis ialah persembahan multimedia, graduasi pra sekolah, Action Song, Choral speaking, persembahan pra sekolah, qasidah, Anugerah Kedudukan Terbaik, Anugerah Mata Pelajaran Terbaik, Anugerah Tokoh Murid Cemerlang Kurikulum dan Kokurikulum dan lain- lain.

Tuesday, August 11, 2015

LAWATAN PEGAWAI PPDTL & DIALOG PRESTASI

Satu program lawatan daripada pegawai- pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Timur Laut dan Dialog Prestasi ke SK Jelutong telah diadakan pada 11 Ogos 2015 (Selasa). Antara pegawai yang hadir ialah En. Jainudin bin Jais, Ketua Unit Akademik PPDTL, En. Roland @ Rozaidi bin Abu Hassan, Pegawai SIP Plus PPDTL dan pegawai- pegawai lain. Sesi dialog melibatkan pembentangan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun, Peperiksaan Percubaan 2015, program intervensi yang berkenaan diakhiri dengan perjumpaan dengan semua murid Tahun 6.


Monday, August 3, 2015

MESYUARAT KURIKULUM, HEM KALI KE 3 & JAMUAN AIDILFITRI 2015

Pada 1 Ogos 2015 (Sabtu) yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan Mesyuarat Kurikulum dan Hal Ehwal Murid untuk kali yang ke 3 bagi tahun ini. Mesyuarat bermula jam 8:00 pagi dan berakhir pada jam 12:00 tengahari. Selepas mesyuarat, satu jamuan Aidilfitri 2015 telah diadakan bertempat di kantin sekolah.