Monday, April 27, 2015

ENGLISH LANGUAGE WEEK 2015

Minggu Bahasa Inggeris SK Jelutong 2015 berlangsung dari 27  - 30 April 2015. Minggu bahasa  ini telah dirasmikan oleh Tuan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid semasa perhimpunan rasmi sekolah. Di antara aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini ialah "Spelling Bee", English Quiz, "Word Search", "Crossword Puzzle" dan sebagainya. Semua guru dan murid digalakkan menggunakan bahasa Inggeris sepanjang minggu ini.




Sunday, April 26, 2015

LDP CERAMAH PENGURUSAN STRESS & BUDAYA KERJA CEMERLANG

SK Jelutong telah mengadakan sesi LDP yang kedua pada 25 April 2015, bermula jam 8:00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat SK Jelutong. LDP 1 (Ceramah Pengurusan  Stress) telah disampaikan oleh Tn. Hj. Hassan b. Ahmad, seorang pakar motivasi yang juga mantan Guru Besar. LDP 2 (Budaya Kerja Cemerlang) pula telah disampaikan oleh Dr. Norhayati bt. Abu Bakar, fasilitator di Prestige Ideal Venture. Majlis selesai pada pukul 2:00 petang.



Monday, April 13, 2015

MAJLIS PELANCARAN MINGGU ADAB MAKAN 2015

Majlis Pelancaran Minggu Adab Makan SK Jelutong 2015 telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid semasa perhimpunan rasmi sekolah pada hari  Isnin 13 April 2015 yang lalu. Di antara objektif program ini ialah supaya murid dapat mengamalkan cara makan yang betul, murid peka tentang peraturan makan mengikut budaya tempatan dan murid dapat makan mengikut tatatertib cara makan yang betul.




PEMERIKSAAN AWAL PERGIGIAN (SCREENING) MURID SEKOLAH

Pusat Pergigian Kanak- Kanak & Kolej Latihan Pergigian Malaysia Pulau Pinang telah menjalankan pemeriksaan awal pergigian (screening) untuk murid- murid SK Jelutong bermula 8- 13 April 2015. Sepanjang tempoh ini, antara aktiviti yang dijalankan ialah pemeriksaan gigi murid- murid, kempen menggosok gigi dan ceramah serta kuiz kesihatan.





Thursday, April 2, 2015

MAJLIS PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH & ROKOK 2015

Majlis Pelancaran Minggu Anti Dadah dan Rokok 2015 SK Jelutong telah diadakan pada Isnin, 30 April 2015 yang lalu. Bertempat di Dewan SK Jelutong, pelancaran ini telah dirasmikan oleh PK HEM, Pn. Raudzah Hanim bt. Nuruddin. Antara pengisian sepanjang program ini ialah;

  • Peraduan Mewarna
  • Pertandinagn Poster
  • Mencari Perkataan Tersembunyi
  • Kuiz
  • Menulis Esei
  • Sudut Anti Dadah




Tuesday, March 10, 2015

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN 2015

Kursus Pemantapan Sahsiah & Ketrampilan SK Jelutong telah diadakan pada Sabtu, 7 Mac 2015 yang lalu. Kursus ini melibatkan 92 orang pemimpin murid terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas muda, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Bertempat di Dewan SK Jelutong, kursus ini telah dirasmikan oleh PK Hal Ehwal Murid, Pn. Raudzah Hanim bt. Nuruddin. Antara pengisian kursus ini ialah ceramah kepimpinan oleh Ustaz Yusof b. Yaakob dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, LDK 1 (Persediaan sebagai Pengawas) oleh Ustaz Fakrul Faris b. Abdullah, Guru Disiplin SK Jelutong, LDK 2 (Pengendalian Kendiri dan Komunikasi) oleh En. Saravanan a/l Krishnan. Kursus berakhir pada jam 12:30 tengahari.






Tuesday, March 3, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 40

Pada 28 Februari (Sabtu) yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke 40 dengan jayanya. Majlis yang diadakan di Dewan SK Jelutong ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua PIBG, Tn. Hj. Abdul Jabar b. Abdullah.

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2015/ 2016

PENASIHAT : Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid
YDP PIBG : Tn Hj. Abdul Jabbar b. Abdullah
NYDP PIBG : En. Shaikh Faisal b. Shaikh Fuad
SETIAUSAHA: Cik Fadilah bt. Mohd Puad
BENDAHARI : Pn. Norhamtizar bt. Abu Bakar
AJK IBU BAPA: Pn. Faridah bt. Kardar Baba
                     Pn. Wahiati bt. Abdul Wahid Khan
                     En. Mohd Firdaus b. Madar Sahim
                     En. Shah Jahan b. Abdul Majid
AJK GURU : Pn. Salina bt. Saad
                       En. Mohamad Fairuz b. Abdullah
                       Pn. Nur Shira bt. Zainuldin
                       Pn. Siti Sarah bt. Mohd Nasir
JURU AUDIT :Pn. Norazliza bt. Che Soh
                       Pn. Nor Marini bt. Johari