Thursday, May 29, 2014

SAMBUTAN HARI GURU 2014

SK Jelutong telah menjayakan sambutan Hari Guru 2014 peringkat sekolah pada 27 Mei 2014 (Selasa) yang lalu. Majlis dimulakan dengan murid berkumpul di dewan sekolah dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah. Acara diteruskan dengan ucapan wakil murid,  Siti Nur Yanis binti Mohd Nizan, ucaopan Yang Dipertua PIBG, En. Abdul Jabar bin Abdullah dan ucapan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid. Acara- acara lain ialah Ikrar Guru, nyanyian lagu Guru Malaysia, persembahan murid, persembahan guru, acara memotong kek dan jamuan. Majlis berakhir pada pukul 1:00 tengahari.






Tuesday, December 31, 2013

MAJLIS ORIENTASI PRASEKOLAH & TAHUN 1 2014

MAJLIS ORIENTASI PRASEKOLAH & TAHUN 1 2014

TARIKH   : 31 DISEMBER 2013
HARI        : SELASA
MASA       : 8:00 PAGI
TEMPAT  : DEWAN SK JELUTONG

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran pada pukul 8:00 pagi. Selepas bacaan doa, semua barisan pentadbir dan guru diperkenalkan kepada ibu bapa dan waris murid- murid. Kemudian, semua murid prasekolah dan Tahun 1 dibawa masuk ke kelas masing- masing sementara ibu bapa dan waris mendengar taklimat daripada Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan taklimat j-QAF di dewan sekolah. Majlis bersurai pada pukul 12:30 tengahari.












BENGKEL PEMIKIRAN STRATEGIK (PEMBINAAN PELAN TRANSFORMASI SEKOLAH)

Satu bengkel berkenaan pemikiran strategik (Pembinaan Pelan Transformasi Sekolah) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang pada 30 Disember 2013 (Isnin) yang lalu. Bengkel yang dianjurkan oleh SK Bukit Gelugor ini telah disertai oleh 5 buah sekolah iaitu SK Bukit Gelugor, SK Jelutong, SK Jalan Residensi, SK Bukit Gambir dan SK St. George Balik Pulau. Majlis bermula pada pukul 8:00 pagi dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Balasandran A. Ramiah, pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands. Kemudian, peserta dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil untuk memudahkan sesi bengkel tersebut. Majlis berakhir pada jam 2:00 petang.



Tuesday, December 24, 2013

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN DAN PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH SESI 2014

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN 2014

TARIKH   : 30 DISEMBER 2013
HARI        : ISNIN
MASA       : 8:30 PAGI - 12:30 TENGAHARI
TEMPAT  : BILIK MESYUARAT SK JELUTONG

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Guru Besar, Pn. Hjh. Maznah bt. K. Kader Sultan diikuti oleh pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Antara agenda mesyuarat ialah;

1- Perutusan Pengerusi
2- Amanat Pihak Atasan
3- Membentang dan mengesah minit mesyuarat lalu
4- Pengesahan Perlantikan jawatankuasa- jawatankuasa 2014
5- Pembentangan SKT sekolah
6- Pembelajaran dan Pengajaran
7- House Keeping
8- Hal- hal lain




Sunday, December 22, 2013

SENARAI KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2014

Berikut ialah senarai keperluan persekolahan 2014 SK Jelutong;




Thursday, December 12, 2013

ORIENTASI MURID TAHUN 1 2014

Sukacitanya SK Jelutong akan mengadakan Orientasi Murid Tahun 1 untuk tahun 2014  pada ketetapan berikut;

Tarikh     : 31 Disember 2013 (Selasa)
Jam         : 8:30 pagi
Tempat    : Dewan SK Jelutong

Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang terlibat dikehendaki hadir bersama- sama murid terlibat dan membawa bersama dokumen- dokumen berikut untuk pendaftaran;

a) Borang Maklumat Murid
b) Salinan Kad Rawatan Imunisasi Kanak- kanak
c) Salinan Sijil Lahir Anak dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
d) Salinan Slip Gaji
e) Bayaran Tag Nama RM1.00
f) 2 Keping Gambar Ukuran Pasport

Untuk makluman, senarai bayaran keperluan persekolahan boleh diambil pada hari tersebut. Murid- murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Sekian, terima kasih.


Wednesday, December 4, 2013

KHATAM AL- QURAN PERDANA 2013

SK Jelutong telah mengadakan majlis khatam Al-Quran Perdana 2013 peringkat sekolah pada 18 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Majlis yang bertempat di Dewan SKJ ini telah dirasmikan oleh Ustaz Kamal Azmi bin Zainol, pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, JPN Pulau Pinang. Di antara objektif program ini ialah;
1- Melahirkan generasi yang celik Al-Quran.
2- Memberi pendedahan kepada murid tentang aturcara mengkhatamkan Al-Quran.
3- Mengeratkan hubungan di antara guru dan murid.
4- Merapatkan hubungan di antara murid dan Al-Quran.
5- Memberi semangat kepada murid Tahun 4 dan 5 agar dapat mengkhatamkan A-Quran secepat mungkin.