Pelaksanaan pendidikan pencegahan denggi dan kempen anti denggi telah diadakan sepanjang 21 Julai hingga 25 Julai 2014 yang lalu. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan khas pendidikan penerangan demam denggi semasa perhimpunan, program "Cari dan Musnah", memasukkan 'Abate" di tempat- tempat yang bertakung, mengedarkan brosur kepada semua murid dan warga sekolah di samping penerangan berterusan berkenaan isu ini.
Monday, July 28, 2014
Tuesday, July 22, 2014
MAJLIS BERBUKA PUASA/ IFTAR RAMADHAN 1435H
Majlis Berbuka Puasa 2014 telah diadakan pada 11 Julai 2014 (Jumaat) bersamaan 13 Ramadhan 1435 yang lalu. Program ini melibatkan semua pentadbir, tetamu- tetamu jemputan, guru- guru, kakitangan sokongan dan murid- murid Tahun 6. Majlis dimulai dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani. Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Mohamad Fairuz bin Abdullah. Jamuan berbuka kemudiannya telah diadakan di kantin SK Jelutong.
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-40 2014
Pada 21 Jun 2014 (Sabtu) yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke- 40 sekolah ini. Bermula jam 7:40 pagi, murid- murid mula mengambil tempat di rumah sukan masing- masing diikuti ketibaan para jemputan dan ibu bapa. Acara diteruskan dengan perbarisan murid dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani. Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid kemudiannya memberikan ucapan aluan diikuti ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Jabar bin Abdullah, Yang DiPertua PIBG SK Jelutong untuk sesi ini.
Wednesday, June 18, 2014
SAMBUTAN ISRA' MIKRAJ SK JELUTONG 2014
Sambutan Isra' dan Mikraj SK Jelutong 2014 telah diadakan pada 17 Jun 2014 (Selasa). Program yang setiap tahun diadakan ini adalah bagi memberi kesedaran kepada murid- murid tentang salah satu peristiwa besar yang berlaku kepada Rasulullah S.A.W. Program ini telah dirasmikan dengan jayanya oleh Tuan Guru Besar, Hj. Abdul Kuthoose bin Majid. Bagi sesi pagi, ceramah Isra' dan Mikraj telah disampaikan oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah manakala ceramah sesi petang oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Gani. Kemudiannya, satu kuiz berdasarkan tajuk ceramah telah diadakan sebelum majlis berakhir dengan jayanya.
Thursday, May 29, 2014
SAMBUTAN HARI GURU 2014
SK Jelutong telah menjayakan sambutan Hari Guru 2014 peringkat sekolah pada 27 Mei 2014 (Selasa) yang lalu. Majlis dimulakan dengan murid berkumpul di dewan sekolah dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Bacaan doa telah dipimpin oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah. Acara diteruskan dengan ucapan wakil murid, Siti Nur Yanis binti Mohd Nizan, ucaopan Yang Dipertua PIBG, En. Abdul Jabar bin Abdullah dan ucapan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid. Acara- acara lain ialah Ikrar Guru, nyanyian lagu Guru Malaysia, persembahan murid, persembahan guru, acara memotong kek dan jamuan. Majlis berakhir pada pukul 1:00 tengahari.
Tuesday, December 31, 2013
MAJLIS ORIENTASI PRASEKOLAH & TAHUN 1 2014
MAJLIS ORIENTASI PRASEKOLAH & TAHUN 1 2014
TARIKH : 31 DISEMBER 2013
HARI : SELASA
MASA : 8:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK JELUTONG
TARIKH : 31 DISEMBER 2013
HARI : SELASA
MASA : 8:00 PAGI
TEMPAT : DEWAN SK JELUTONG
Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran pada pukul 8:00 pagi. Selepas bacaan doa, semua barisan pentadbir dan guru diperkenalkan kepada ibu bapa dan waris murid- murid. Kemudian, semua murid prasekolah dan Tahun 1 dibawa masuk ke kelas masing- masing sementara ibu bapa dan waris mendengar taklimat daripada Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan taklimat j-QAF di dewan sekolah. Majlis bersurai pada pukul 12:30 tengahari.
BENGKEL PEMIKIRAN STRATEGIK (PEMBINAAN PELAN TRANSFORMASI SEKOLAH)
Satu bengkel berkenaan pemikiran strategik (Pembinaan Pelan Transformasi Sekolah) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang pada 30 Disember 2013 (Isnin) yang lalu. Bengkel yang dianjurkan oleh SK Bukit Gelugor ini telah disertai oleh 5 buah sekolah iaitu SK Bukit Gelugor, SK Jelutong, SK Jalan Residensi, SK Bukit Gambir dan SK St. George Balik Pulau. Majlis bermula pada pukul 8:00 pagi dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Balasandran A. Ramiah, pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands. Kemudian, peserta dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil untuk memudahkan sesi bengkel tersebut. Majlis berakhir pada jam 2:00 petang.
Subscribe to:
Posts (Atom)














