Program Kemuncak Ihya' Ramadhan SK Jelutong telah diadakan pada 14 Julai 2015 (Selasa). Ianya dijalankan secara 2 sesi. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut ialah bacaan ayat suci Al-Quran, persembahan qasidah, ceramah, bantuan hari raya dan sebagainya.
Monday, July 20, 2015
Friday, July 10, 2015
HARI PELAPORAN SK JELUTONG 2015
SK Jelutong telah mengadakan Hari Pelaporan 2015 untuk murid- murid Tahun 6 pada 26 Jun 2015 (Jumaat) manakala untuk murid- murid Tahun 1-5 pada 10 Julai 2015 (Jumaat). Kehadiran ibu bapa pada tahun ini adalah amat memberangsangkan. Berikut adalah suasana pada hari tersebut.
Friday, July 3, 2015
MAJLIS BERBUKA PUASA/ IFTAR RAMADHAN 2015
Majlis Berbuka Puasa/ Iftar Ramadhan SK Jelutong 2015 telah diadakan pada 2 Julai 2015 (Khamis) yang lalu. Ianya bertempat di Dewan SK Jelutong dan kantin sekolah. Majlis bermula dengan pendaftaran murid pada pukul 6:00 petang. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid diikuti persembahan daripada kumpulan Qasidah sekolah. Tazkirah Ramadhan disampaikan oleh Ustaz Mohd Syaffi bin Yusof Gani diikuti solat Maghrib berjemaah oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah. Jamuan berbuka puasa diadakan di kantin sekolah.
Monday, June 22, 2015
PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2015
SK Jelutong telah merancang dan menjalankan beberapa program sempena Ihya Ramadhan peringkat sekolah bagi tahun 2015. Antara program yang telah dan akan dijalankan ialah Tadarus Al-Quran, Tazkirah Ramadhan, Kuliah ringkas (Info Ramadhan), bacaan Yassin dan Ma'thurat, khatam Al-Quran, memperdengarkan Al-Quran, Zikir dan Nasyid (waktu rehat), Tabung Ihya' Ramadhan, Majlis Berbuka Puasa dan sebagainya.
Thursday, June 18, 2015
MAJLIS PELANCARAN IHYA' RAMADHAN 2015
Majlis pelancaran Ihya' Ramadhan 2015 SK Jelutong telah dilaksanakan dengan jayanya pada 17 Jun 2015 (Rabu) yang lalu. Ianya dijalankan secara 2 sesi yang mana ceramah sesi pagi telah disampaikan oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah dan info Ramadhan oleh Ustazah Arfah Suhaila binti Mohamad. Untuk sesi petang, ceramah disampaikan oleh Ustaz Mohd Syaffi bin Yusof Gani manakala info Ramadhan oleh Ustazah Nurul Hidayah binti Mohd Fauzi.
Monday, June 1, 2015
SAMBUTAN HARI GURU 2015
Sambutan Hari Guru 2015 peringkat sekolah telah diadakan pada Jumaat, 29 Mei bertempat di Dewan SK Jelutong. Untuk tahun ini, sambutan telah dijalankan mengikut sesi pagi dan petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang, lagu sekolah, bacaan doa, ucapan Ketua Pengawas, ucapan Guru Besar, Ikrar Guru, nyanyian lagu Guru Malaysia dan lagu Tema hari Guru 2015, penyampaian cenderahati oleh Guru Besar kepada guru- guru, jamuan kelas, persembahan murid, persembahan guru dan sebagainya. Tema Hari Guru untuk tahun ini ialah "Guru: Membina Ilmu, Menyempurnakan Akhlak".
Thursday, May 28, 2015
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK JELUTONG KALI KE- 41
Kejohanan Sukan Tahunan SK Jelutong 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 23 Mei 2015 yang lalu. Bertempat di padang sekolah, majlis bermula dengan perarakan masuk kontijen rumah sukan diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapab aluan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid diikuti ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Abdul Jabar b. Abdullah. Berikut adalah senarai pemenang pada kejohanan tersebut.
1- Johan Keseluruhan - Rumah Ixora
2- Johan Perbarisan - Rumah Daisy
3- Rumah Sukan Terbaik - Rumah Orchid
Subscribe to:
Posts (Atom)







































