Tahniah kepada SK Jelutong di atas kejayaan cemerlang dalam UPSR 2011. Seramai 1o murid telah mendapat 5A. Berikut ialah keratan akhbar Sinar Harian Edisi Utara, 18 November 2011.
GEORGETOWN- Menjadikan rakan sekelas sebagai pesaing untuk berjaya membuakan Asma Adlina Ariffin, bertekad menumpukan perhatian di dalam kelas selain melakukan ulangkaji pelajaran bersama guru dan rakan sehingga berjaya mencapai keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Pengawas Pusat Sumber yang aktif berpesatuan ini berkata, fokus ketika guru mengajar adalah kunci kejayaannya selain sering mencabar diri untuk jadi yang terbaik antara rakan sekelas.
"Saya amat berbangga dengan keputusan yang dicapai hari ini dan berpuas hati kerana hasil usaha selama ini mengulangkaji pelajaran bersama guru dan rakan- rakan membuahkan hasil," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Asma adalah antara 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jelutong yang berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan.
Turut berkongsi kejayaan, Nor Fatin Adilah Nazri, 12, apabila mendapat 5A.
Anak kedua daripada empat beradik itu sangat teruja untuk ke sekolah bagi mendapatkan keputusan yang dikeluarkan semalam.
"Dorongan ibu bapa dan ganjaran yang ditawarkan membuat semangat saya semakin membara. Saya terharu kerana dapat memenuhi kehendak mereka melihat saya mencapai keputusan cemerlang. Selain memberi tumpuan kepada pelajaran, ibu juga selalu berpesan agar tidak lupa beribadat dan berdoa bagi memohon keberkatan dari ALLAH SWT," katanya.
Bagi Siti Aishah Rosni, 12, kejayaan yang dicapai bersama rakan lain adalah hasil pengorbanan dengan mengetepikan keseronokan alam maya apabila dilarang ibunya untuk membuka laman sosial dan bermain permainan video.
Siti Aishah yang bercita- cita menjadi doktor berkata, ibunya sentiasa menerapkan nilai disiplin dalam pelajaran dan memantau semua kerja rumahnya.
Anak bongsu dari tiga beradik yang pernah memperoleh Anugerah Tokoh Pelajar pada hari anugerah kecemerlangan sekolahnya baru- baru ini, berhasrat mengubah nasib keluarganya yang bukan dalam kalangan orang yang berada.
"Ayah saya hanya seorang buruh dan ibu pula tidak bekerja. Saya bertekad mahu mengubah nasib keluarga satu hari nanti," katanya.
Dalam majlis penyampaian slip keputusan kepada calon UPSR, Guru Besar, Mohd Azman Abdul Aziz berkata, kejayaan 10 murid mencapai keputusan 5A menepati sasaran sekolah.
Beliau berkata, walaupun jumlah itu tidak besar namun ianya menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun lalu.
"Saya berharap pada tahun hadapan semakin ramai murid yang akan mengharumkan nama SK Jelutong," katanya.- Sinarharian Utara, 18 November 2011.

No comments:
Post a Comment