SEMOGA BERJAYA !!
Thursday, May 9, 2013
KARNIVAL KO- KURIKULUM AKADEMIK 2013
Alhamdulillah, SK Jelutong telah pun berjaya menjadi tuan rumah bagi Karnival Ko- Kurikulum Akademik 2013 Peringkat Kelompok R4. Karnival ini telah diadakan pada Jumaat, 19 April 2013, jam 9:00 pagi. Antara pertandingan yang diadakan ialah Bercerita Tahap 1, Bercerita Tahap 2, Pidato Piala Diraja, Action Song Tahap 1, Story Telling Tahap 2, Coral Speaking Tahap 2, Public Speaking Tahap 2 dan Ejaan Knowledge Discovery. Berikut adalah senarai johan bagi acara- acara yang diadakan;
- Bercerita Tahap 1 - Nurul Syiffa bt. Mohd Rahizam (SK Jelutong Barat)
- Bercerita Tahap 2 - Nurul Aina Nisrina bt. Mohamad Fazli (SK Jelutong)
- Pidato Piala Diraja - Siti Nur Fatihah bt. Mashoor (SK Jelutong)
- Action Song Tahap 1 - SJK (C) Union
- Story Telling Tahap 2 - SJK (C) Sum Sun
- Coral Speaking Tahap 2 - SK Jalan Residensi
- Public Speaking Tahap 2 - Gaurav Kumar Sharma (SK St. Xavier Caw.)
- Ejaan Knowledge - Dimutri Khoo Teng Li (SJK (C) Union)
LAWATAN KELAB GURU KE CAMERON HIGHLANDS
Kelab Guru SK Jelutong telah pun mengadakan satu lawatan sambil belajar ke Cameron Highlands pada 13 - 14 April 2013 yang lalu. Seramai 40 guru dan ahli keluarga masing- masing telah menyertai lawatan ini. Perjalanan ke Cameron Highlands bermula jam 1:30 pagi Sabtu di mana semua peserta berkumpul di kawasan sekolah. Antara tempat menarik yang dilawati ialah Pasar Pagi Cameron, Bharat Tea, Cactus Park, Mardi, Rose Valley Farm dan sebagainya. Rombongan ini sampai semula ke SK Jelutong pada jam 10:00 malam berikutnya.
MERENTAS DESA 2013
Alhamdulillah, program Merentas Desa SK Jelutong untuk tahun 2013 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 13 April 2013 yang lalu. Larian ini melibatkan semua murid mengikut kumpulan sasaran iaitu murid Tahun 3 hingga 6 (Lelaki dan Perempuan). Bagi murid- murid pasekolah, Tahun 1 dan 2, satu pertandingan mewarna telah diadakan di dewan sekolah. Sebelum acara berlansung, satu taklimat ringkas telah diberikan oleh Penolong Kanan Kokurikulum, En. Mohd Yani b. Hussain. Semua murid dan guru turut memanaskan badan dalam sesi senamrobik yang dipimpin oleh AJK PIBG sekolah. Program tamat pada pukul 12:00 tengahari.
Wednesday, April 10, 2013
MERIAHNYA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SK JELUTONG 2013,,
Alhamdulillah, SK Jelutong telahpun berjaya melaksanakan Minggu Sains dan Matematik pada 1 hingga 5 April 2013 yang lalu. Ianya diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Sains dan Matematik. Program tahunan ini dirancang bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif, inovatif dan bermotivasi tinggi. Pada tahun ini, sekolah telah mengadakan jalinan dengan pihak Universiti Sains Malaysia. Banyak aktiviti yang berpusatkan murid telah diadakan seperti "Ops...Sudah Meletup!", "Oh...Inilah yang Dicari!", "Treasure Hunt", "Mari Kita Nyanyi Nombor", "Helioscope", "Water Rocket" dan sebagainya.
Monday, February 25, 2013
MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-38 TAHUN 2013
Mesyuarat Agung PIBG SK Jelutong kali ke 38 telah diadakan pada 23 Februari 2013 (Sabtu) baru- baru ini. Mesyuarat pada kali ini telah dirasmikan oleh En. Zulhisham b. Basri, Yang Di-Pertua PIBG sekolah ini untuk sesi 2012/ 2013. Segala permasalahan dan usul telah diutarakan oleh pihak ibu bapa dan guru dan dibincangkan bersama PIBG dan pihak sekolah. Perlantikan AJK baru untuk sesi 2013/ 2014 juga berjalan dengan lancar. Berikut adalah senarai AJK tersebut;
1- En. Abdul Jabar b. Abdullah - YDP2- En. Badrul Husam b. Abdullah - NYDP
3- Cik Nordalila bt. Mohd Ibrahim - Setiausaha
4- Pn. Norhamtizar bt. Abu Bakar - Bendahari
5- Pn. Faridah bt. Kardar Baba - AJK Waris
6- En. Yahaya b. Che Din - AJK Waris
7- Pn. Wahiati bt. A. Wahid Khan - AJK Waris
8- Pn. Noraini bt. Osman - AJK Waris
9- En. Mohammad Firdaus b. Madar Sahim
10- Pn. Shahdayanti bt. Shamsudin - AJK Guru
11- Pn. Syamilah bt. Dzulkifli - AJK Guru
12- En. Yeoh Cheng Poh - AJK Guru
13- Pn. Noni bt. Ibrahim - AJK Guru
14- Pn. Rohana bt. Othman - AJK Guru
15- En. Eg Yoon Meng - Juru audit
16- Pn. Fuzaina bt. Elias - Juru audit
Pihak sekolah ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa dan waris yang telah hadir.
Tuesday, February 5, 2013
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1434H
Sekolah Kebangsaan Jelutong telah mengadakan Sambutan Maulidur Rasul 1434H peringkat sekolah pada Jumaat, bersamaan 1 Februari 2013 yang lalu. Untuk sambutan pada tahun ini, majlis diadakan secara berasingan untuk sesi pagi dan petang. Bagi sesi pagi, majlis dimulakan dengan perarakan diikuti ucapan aluan oleh Puan Maznah bt. K. Kader Sultan. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Shaffi b. Yusof Ghani.
Bagi sesi petang, murid- murid turut berarak di padang sekolah diikuti ucapan aluan oleh Penolong Kanan Petang, Puan Raudzah Hanim bt. Nuruddin. Ceramah maulidur Rasul telah disampaikan oleh Ustaz Fakrul Faris b. Abdullah. Acara- acara lain yang diadakan ialah kuiz agama, pertandingan sepanduk dan kontijen serta pertandingan mewarna.
| Murid- murid berkumpul di padang sebelum perarakan. |
| Taklimat perarakan Mulidur Rasul. |
| Murid- murid berkumpul di dewan. |
| Ceramah Maulidur Rasul oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah. |
Subscribe to:
Posts (Atom)

