Tuesday, January 27, 2015

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2015




PROGRAM : MAJLIS LANTIKAN PENGAWAS 2015
TEMPAT     : DEWAN SKJ
MASA         : PERHIMPUNAN PAGI

Matlamat
Memastikan pengawas sentiasa bermotivasi dan berkeyakinan dengan pengiktirafan yang diberi.

Objektif
1- Memberi pengiktirafan kepada pengawas agar sentiasa dihargai.
2- Menimbulkan rasa tanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini.
3- Memberi pendedahan kepada pengawas tentang majlis- majlis rasmi.

Ikrar

Bahawa kami pengawas- pengawas Sekolah Kebangsaan Jelutong berikrar akan memikul tugas yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur dalam melaksanakan peraturan- peraturan disiplin sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kami juga berikrar akan menjalankan tugas
berdasarkan prinsip- prinsip berikut:

- Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip- prinsip rukun negara
- Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi, dan bertanggungjawab
- Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
- Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik
- Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah

MAJLIS PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 2015

Jada 24 Januari 2015 (Sabtu) yang lalu, telah diadakan satu majlis Perjumpaan Waris Murid- murid Tahun 6. Majlis bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan YDP PIBG, En. Abdul Jabbar b. Abdullah, ucapan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid dan taklimat daripada ketua- ketua panitia. Majlis diakhiri dengan bacaan Aku Janji daripada murid- murid.





Tuesday, January 6, 2015

HARI ORIENTASI TAHUN 1 & PRASEKOLAH 2015

Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah SK Jelutong 2015 telah diadakan pada Jumaat, 2 Januari 2015 yang lalu. Selepas sesi pendaftaran, ibu bapa diberikan taklimaat oleh Guru Besar SK Jelutong, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid dan diperkenalkan kepada semua guru. Murid kemudian dibawa ke kelas masing- masing sementara ibu bapa diberikan taklimat oleh Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, Pn. Raudzah Hanim binti Nuruddin. Hari Orientasi ini berakhir sekitar jam 11:00 pagi.