Monday, April 2, 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 37

SK Jelutong telahpun mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke- 37 dengan jayanya pada 31 Mac 2012 yang lalu. Mesyuarat telah diadakan di Dewan SK Jelutong. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Koperal Mohd Nor bin Napiah, Pegawai Perhubungan Sekolah, Balai Polis Jelutong telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Mohd Azman bin Abdul Aziz. Majlis bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada 12:30 tengahari.

MERENTAS DESA 2012

Pada 24 Mac 2012 (Sabtu), SK Jelutong telah mengadakan acara Merentas Desa yang disertai oleh murid- murid Tahun 4, 5 dan 6. Acara dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh guru- guru pelatih dari IPG Kampus Pulau Pinang. Acara telah dirasmikan oleh En. Mohd Yani b. Hussin, Penolong Kanan Kokurikulum SK Jelutong.

Monday, February 20, 2012

SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2012

Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah Tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya pada 11 Februari 2012 (Sabtu). Majlis bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan perarakan murid- murid ke kawasan berdekatan sekolah. Ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah dan juga Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani. Majlis turut diserikan dengan bacaan Al-Quran, sajak, nasyid, bercerita kisah Nabi, permainan interaktif, kuiz, bacaan Selawat dan sebagainya. Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan j-QAF SK Jelutong.

PROGRAM JAYA WARIS

Pada 21 Januari 2012 (Sabtu), sekolah telah menganjurkan Program Jaya Waris bertempat di dewan sekolah . Majlis bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada jam 10:30 pagi. Ucapan aluan telah diberikan oleh Pn. Ruhani bt. Hj. Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran. Ibu bapa dan waris diberikan taklimat berkenaan Program Kecemerlangan UPSR 2012. Sebelum majlis berakhir, satu sesi interaksi antara ibu bapa dan waris bersama guru- guru Tahun 6 telah diadakan.