Wednesday, April 10, 2013

MERIAHNYA MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SK JELUTONG 2013,,

Alhamdulillah, SK Jelutong telahpun berjaya melaksanakan Minggu Sains dan Matematik pada 1 hingga 5 April 2013 yang lalu. Ianya diadakan bagi membuka ruang kepada semua murid untuk memahami dan menghayati mata pelajaran Sains dan Matematik. Program tahunan ini dirancang bagi melahirkan pelajar yang berketerampilan, kreatif, inovatif dan bermotivasi tinggi. Pada tahun ini, sekolah telah mengadakan jalinan dengan pihak Universiti Sains Malaysia. Banyak aktiviti yang berpusatkan murid telah diadakan seperti  "Ops...Sudah Meletup!", "Oh...Inilah yang Dicari!", "Treasure Hunt", "Mari Kita Nyanyi Nombor", "Helioscope", "Water Rocket" dan sebagainya.