Wednesday, November 19, 2014

KEM 1MURID 1SUKAN

Kem 1Murid 1 Sukan SK Jelutong 2014 telah diadakan pada 17 November 2014 yang lalu. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak dan bola baling. Aktiviti ini melibatkan murid- murid Tahun 4 dan 5 sahaja. Kem ini nyata mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada murid- murid.








Monday, November 17, 2014

RIMUP ZON JELUTONG 2014

RIMUP ataupun Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan bertujuan bagi melahirkan insan- insan yang berlainan kaum, agama dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai. SK Jelutong telah menjadi pengerusi bagi kelompok 3 Zon Jelutong yang melibatkan SK Jelutong, SK Jelutong Barat dan SJK (C) Heng Hee yang diadakan dari 11- 13 November 2014 yang lalu. Acara telah dijalankan di SK Jelutong Barat melibatkan acara seperti pertandingan pemasangan khemah dan kawad kaki asas.





PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSPP ZON JELUTONG 2014

SK Jelutong telah menyertai kejohanan sepak takraw MSSPP (Bawah 11 Tahun) Zon Jelutong 2014 pada 12- 13 November yang lalu bertempat di Dewan FRU, Air Itam, Pulau Pinang. Menjadi johan kumpulan, pasukan SK Jelutong akhirnya terpaksa akur hanya menduduki tempat ketiga setelah tewas di separuh akhir. Semoga pasukan SK Jelutong kita akan lebih berdaya maju pada masa yang akan datang.






Monday, November 10, 2014

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSPP ZON JELUTONG 2014

SK Jelutong pada tahun ini telah mencatat sejarah muncul Naib Johan Pertandingan Bola Sepak MSSPP (Bawah 11 Tahun) Zon Jelutong 2014 yang telah berlansung dari 4 - 7 November 2014 yang lalu. Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan SK Jelutong tewas di tangan SK Francis Light (0-2).  Untuk tahun ini, pengelola pertandingan ialah SK Minden Height. Semua perlawanan berlangsung di padang SK Francis Light.




SAMBUTAN HARI KANAK- KANAK 2014

Majlis Sambutan Hari Kanak- Knak 2014 peringkat SK Jelutong telah diadakan pada Jumaat, 7 November yang lalu. Sambutan ini diadakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang, lagu sekolah, bacaan doa oleh murid, ucapan Ketua Murid, ucapan Guru Besar, persembahan multimedia, persembahan pra sekolah, penyampaian sijil Ketua Kelas dan Penolong, sijil kehadiran penuh, penyampaian sijil Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, sijil Nilam, sijil Pekerti Terpilih dan Anugerah Tokoh Murid 2014.





Monday, October 20, 2014

MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA j-QAF 2014

Majlis Khatam Al-Quran Perdana j-QAF 2014 SK Jelutong telah diadakan pada Jumaat, 17 Oktober 2014 yang lalu. Majlis yang bertempat di Dewan SK Jelutong ini telah dirasmikan oleh Ustaz Suhaizi bin Semail, Penolong Pengarah Penyelaras Bantuan Sekolah Agama, Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Pulau Pinang  . Majlis dimulakan dengan bacaan doa diikuti ucapan aluan oleh Pen. Kanan Pentadbiran, Pn. Ruhani bt. Salleh. Antara aktiviti yang dijalankan ialah penyampaian cenderamata kepada guru- guru Pendidikan Islam dan j-QAF, persembahan multimedia, persembahan qasidah, dan penyampaian hadiah Tokoh Jil Quran 2014 (Lelaki & Perempuan) serta Tokoh Muaddib dan Muaddibah 2014. 





Wednesday, October 15, 2014

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG & GRADUASI PRA SEKOLAH 2014

Pada Sabtu, 11 Oktober 2014, satu Majlis Hari Anugerah & Graduasi Pra Sekolah 2014 SK Jelutong telah diadakan bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang, lagu sekolah diikuti bacaan doa. Berikut adalah aturcara majlis pada hari tersebut;
- Ucapan Guru Besar
- Ucapan YDP PIBG
- Ucapan Perasmian oleh En. Roland @ Rozaidi b. Abu Hassan
- Persembahan multimedia
- Graduasi Pra Sekolah
- Persembahan Qasidah
- Anugerah Kedudukan Terbaik (Tahap 1)
- Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahap 1)
- Anugerah Kemajuan (Tahap 1)
- Persembahan Pra Sekolah
- Anugerah Kedudukan Terbaik (Tahap 2)
- Anugerah Mata Pelajaran Terbaik (Tahap 2)
- Anugerah Kemajuan (Tahap 2)
- Action Song
- Nasyid
- Anugerah Tokoh Murid Cemerlang (Kurikulum)
- Anugerah Tokoh Murid Cemerlang (Kokurikulum)
- Jamuan Guru dan Ibubapa
- Bersurai





Tuesday, August 26, 2014

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014

SK Jelutong telah melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah bagi Tahun 2014 pada 21 Ogos 2014 (Khamis) yang lalu. Program ini adalah anjuran bersama Panitia Kajian Tempatan, Panitia Sivik & Kewarganegaraan dan Unit Bimbingan Kaunseling. Majlis yang bertemakan "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' ini dimulakan dengan murid- murid berkumpul di Dataran SK Jelutong diikuti bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu kemerdekaan. Acara diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Guru Besar dan nyanyian lagu- lagu patriotik oleh semua guru dan murid.


Wednesday, August 20, 2014

TEMA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57


"Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta", hari ini diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipetik daripada lirik lagu "Warisan" dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad.

"Saya percaya tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Kemerdekaan ke-57.
Beliau juga berharap pemilihan tema itu tidak akan dipolitikkan oleh mana pihak.
Sambutan kemerdekaan tahun ini bermula dengan program doa untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra, diikuti Kempen Kibar Jalur Gemilang dijadualkan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 16 Ogos.
Kemuncak sambutan iaitu acara perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos manakala sambutan Hari Malaysia pula di Sarawak pada 16 September.
Ahmad Shabery berkata selain itu Konsert Harmoni Uniti yang menggabungkan artis Malaysia dan Indonesia simbolik kepada semangat kesatuan serantau antara kedua- dua negara juga akan diadakan.
"Bagi mengimbau kenangan konsert Chow Kit Road (oleh Sudirman pada 1986) selain menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu- lagu Sudirman Konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan," katanya.
Konsert selama tiga hari bermula 29 Ogos itu dijadual berlansung di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Program Minggu Merdeka pula akan diadakan dari 28 Ogos hingga 1 September dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai laman patriotik dengan pelbagai segmen menarik seperti karnival, pameran, seminar, jualan, pertunjukan dan pelbagai aktiviti berkaitan, katanya. - Bernama, 24 Jun, 2014.

KLIK Download Lagu Tema untuk MP3.

Monday, August 18, 2014

MAJLIS MOHON RESTU MURID TAHUN 6

Pada hari Sabtu, 16 Ogos 2014 yang lalu, satu majlis Mohon Restu untuk murid- murid Tahun 6 SK Jelutong telah diadakan. Majlis bermula jam 8:00 pagi bertempat di Dewan SK Jelutong. Antara pengisian majlis ialah; bacaan doa, kata- kata aluan Penolong Kanan Pentadbiran, taklimat kemasukan ke Tingkatan 1 oleh Penolong Kanan HEM, ceramah keibubapaan oleh Tn. Hj. Hassan b. Ahmad, acara mohon restu, akujanji dan perjumpaan waris dengan guru kelas.




Monday, August 11, 2014

MESYUARAT GURU KALI KE 3 DAN JAMUAN AIDILFITRI 2014

Pada hari Sabtu, 9 Ogos 2014 yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan Mesyuarat Guru kali ke 3 dan Jamuan Aidilfirti 2014. Mesyuarat bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengahari. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Jamuan Aidilfitri untuk semua staf dan kakitangan SK Jelutong.




Monday, July 28, 2014

PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI

Pelaksanaan pendidikan pencegahan denggi dan kempen anti denggi telah diadakan sepanjang 21 Julai hingga 25 Julai 2014 yang lalu. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan khas pendidikan penerangan demam denggi semasa perhimpunan, program "Cari dan Musnah", memasukkan 'Abate" di tempat- tempat yang bertakung, mengedarkan brosur kepada semua murid dan warga sekolah di samping penerangan berterusan berkenaan isu ini. 



Tuesday, July 22, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA/ IFTAR RAMADHAN 1435H

Majlis Berbuka Puasa 2014 telah diadakan pada 11 Julai 2014 (Jumaat) bersamaan 13 Ramadhan 1435 yang lalu. Program ini melibatkan semua pentadbir, tetamu- tetamu jemputan, guru- guru, kakitangan sokongan dan murid- murid Tahun 6. Majlis dimulai dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani. Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Mohamad Fairuz bin Abdullah. Jamuan berbuka kemudiannya telah diadakan di kantin SK Jelutong.