Tuesday, March 10, 2015

KURSUS PEMANTAPAN SAHSIAH DAN KETRAMPILAN 2015

Kursus Pemantapan Sahsiah & Ketrampilan SK Jelutong telah diadakan pada Sabtu, 7 Mac 2015 yang lalu. Kursus ini melibatkan 92 orang pemimpin murid terdiri daripada pengawas sekolah, pengawas muda, pengawas pusat sumber, ketua kelas dan penolong ketua kelas. Bertempat di Dewan SK Jelutong, kursus ini telah dirasmikan oleh PK Hal Ehwal Murid, Pn. Raudzah Hanim bt. Nuruddin. Antara pengisian kursus ini ialah ceramah kepimpinan oleh Ustaz Yusof b. Yaakob dari Jabatan Pendidikan Negeri Pulau Pinang, LDK 1 (Persediaan sebagai Pengawas) oleh Ustaz Fakrul Faris b. Abdullah, Guru Disiplin SK Jelutong, LDK 2 (Pengendalian Kendiri dan Komunikasi) oleh En. Saravanan a/l Krishnan. Kursus berakhir pada jam 12:30 tengahari.






Tuesday, March 3, 2015

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE- 40

Pada 28 Februari (Sabtu) yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke 40 dengan jayanya. Majlis yang diadakan di Dewan SK Jelutong ini telah dirasmikan oleh Yang Di-Pertua PIBG, Tn. Hj. Abdul Jabar b. Abdullah.

SENARAI JAWATANKUASA PIBG SESI 2015/ 2016

PENASIHAT : Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid
YDP PIBG : Tn Hj. Abdul Jabbar b. Abdullah
NYDP PIBG : En. Shaikh Faisal b. Shaikh Fuad
SETIAUSAHA: Cik Fadilah bt. Mohd Puad
BENDAHARI : Pn. Norhamtizar bt. Abu Bakar
AJK IBU BAPA: Pn. Faridah bt. Kardar Baba
                     Pn. Wahiati bt. Abdul Wahid Khan
                     En. Mohd Firdaus b. Madar Sahim
                     En. Shah Jahan b. Abdul Majid
AJK GURU : Pn. Salina bt. Saad
                       En. Mohamad Fairuz b. Abdullah
                       Pn. Nur Shira bt. Zainuldin
                       Pn. Siti Sarah bt. Mohd Nasir
JURU AUDIT :Pn. Norazliza bt. Che Soh
                       Pn. Nor Marini bt. Johari