Friday, June 28, 2013

PAMERAN AKTIVITI DOKTOR MUDA 2013

Alhamdulillah, SK Jelutong buat julung- julung kalinya telah memperolehi tempat ke- 2 peringkat negeri Pulau Pinang bagi Pertandingan Pameran Aktiviti Doktor Muda. Ianya diadakan sempena Konvensyen Kelab Doktor Muda Peringkat Negeri yang telah diadakan di Maktab Rendah Sains MARA Transkrian, Nibong Tebal, Seberang Perai Selatan pada 19 Jun 2013 yang lalu. Program ini ialah kerjasama di antara Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang.






SELAMAT DATANG KE VLE 1 BESTARINET

Untuk pertama kalinya, semua sekolah di seluruh Malaysia akan menerima internet mudah alih 4G berkelajuan tinggi dan Virtual Learning Environment (VLE). Program di bawah projek 1BestariNet ini diinisiatifkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan dilaksanakana dengan kerjasama YTL Communications. SK Jelutong ialah di antara 10,000 buah sekolah rendah dan menengah di Malaysia yang telah dilengkapkan dengan akses internet berkelajuan tinggi 4G dan platform pembelajaran maya VLE ini. Untuk memahami dengan lebih lanjut berkenaan projek ini, sila klik sini. Berikut adalah sedikit gambaran berkenaan VLE ini.

SARANA IBU BAPA, SEKOLAH DILANCAR

KUALA LUMPUR: Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah peringkat kebangsaan dilancar hari ini sebagai inisiatif untuk menyatukan setiap pihak berkepentingan termasuk ibu bapa dan masyarakat bagi melahirkan modal in yang berkualiti global melalui sekolah.
Terkandung di bawah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013- 2025, Sarana Ibu Bapa mengandungi empat elemen iaitu penyediaan suasana pembelajaran di rumah, interaksi sosial dengan anak, komunikasi dengan anak dan sokongan terhadap kecemerlangan anak.
Sarana Sekolah pula mempunyai enam elemen iaitu iklim sekolah, komunikasi berkesan, sokongan terhadap kejayaan murid, tanggungjawab bersama, keputusan bersama, kerjasama dengan komuniti dan kumpulan sokongan ibu bapa.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga Menteri Pelajaran dalam teks ucapannya pada majlis pelancaran sarana itu meminta pihak sekolah menukar imej supaya dilihat sabagai tempat memupuk persefahamana dan muafakat antara ibu bapa dan masyarakat.
Teks ucapan beliau dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong.
Muhyiddin berkata, imej sekolah yang selama ini dilihat sebagai kepunyaan guru dan murid semata- mata perlu ditukar bagi menarik minat ibu bapa dan masyarakat bekerjasama dengan sekolah demi kepentingan pelajar.
"Sebagaimana yang termaktub dalam Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025, satu daripada 11 anjakan strategik dan operasi bagi menyediakan pendidikan berkualiti untuk anak- anak kita adalah dengan bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Inisiatif ini melibatkan kepentingan dan masa depan lebih 5.4 juta murid seluruh negara dan anggaran murid yang terlibat bagi tempoh 12 tahun mulai 2013 hingga 2025 ialah hampir 11 juta orang, " katanya.
Tema majlis yang dihadiri wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badab bukan kerajaan, pihak swasta dan pemimpin masyarakat setempat dari seluruh negara ialah 'Anak Nadi Aspirasi Kita - Pendidikan Anak Tanggungjawab Bersama'.
Muhyiddin berkata, kementerian memperkenalkan dokumen Sarana Ibu Bapa dan Sarana Sekolah bagi menyatukan setiap pihak berkepentingan kerana penglibatan semua pihak amat diperlukan untuk melahirkan aset negara yang berharga.
"Sarana Ibu Bapa memberi fokus kepada peranan ibu bapa dalam pendidikan. Kajian OECD (Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan) dijadikan asas dalam penyediaan sarana ini.
"Dapatan OECD ini tidak menghairankan kerana jika kita teliti satu persatu, setiap aspek yang disenaraikan memberi sumbangan yang tidak ternilai kepada anak- anak.
"Sebagai ibu bapa, kita seharusnya menyedari keperluan dan kemudahan anak- anak belajar dalam keadaan yang selesa di rumah, " katanya.
Beliau berkata, ibu bapa yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu juga diseru supaya dapat menyumbangkan idea, tenaga, pengetahuan, kepakaran dan kewangan kepada pihak sekolah.
Mengenai Sarana Sekolah pula, peranan Pibg amat penting untuk menggerakkan ibu bapa melalui Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB) kerana sekolah seperti di negara maju, ibu bapa adalah penggerak utama untuk melaksanakan setiap aktiviti di luar bilik darjah.
Bagaimanapun, katanya, tidak akan sempurna jika usaha mendidik hanya membabitkan ibu bapa, sekolah dan masyarakat kerana semua kementerian, agensi kerajaan dan sektor swasta juga perlu memainkan peranan yang bersesuaian dalam aspek pembangunan kemanusiaan, kemahiran keibubapaan, kesihatan mental dan fizikal dan sebagainya. - BERNAMA