Tuesday, January 15, 2013

ROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2013

Satu program khas untuk murid- murid Tahun 6 iaitu Program Maju Diri Tahun 6 telah diadakan pada Jumaat, 4 Januari 2013 yang lalu. Program yang bertempat di kantin sekolah ini adalah salah satu perancangan awal sekolah bagi murid- murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR tahun ini.
Antara aktiviti yang diadakan ialah aktiviti "Pembugaran Minda", slot motivasi dan juga Aku janji murid- murid tahun 6.

PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6

Satu program perjumpaan waris Tahun 6 yang dikenali sebagai Program Jaya Waris 2013 telah dilaksanakan pada 4 Januari 2013 yang lepas. Program yang bertujuan untuk mempertemukan pihak sekolah dengan ibu bapa ataupun  waris murid- murid Tahun 6 ini telah berlangsung dengan jayanya.
Ibu bapa ataupun waris diberikan taklimat tentang perancangan- perangcangan yang telah dilakukan oleh pihak sekolah untuk murid- murid khususnya Tahun 6 yang akan menduduki peperiksaan UPSR pada tahun ini. Antara aktiviti ialah ucapan oleh Guru Besar, ucapan penyelaras Tahun 6 dan lain- lain lagi.

Tuesday, January 1, 2013

HARI ORIENTASI TAHUN 1 & PRASEKOLAH 2013

Sekolah Kebangsaan Jelutong mengucapkan selamat datang kepada murid- murid Tahun 1 sesi persekolahan 2013.
Program ini telah diadakan pada Jumaat, 28 Disember 2012 yang lalu. Program ini telah dirangka dengan tujuan membantu murid- murid menghadapi perubahan diri dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal sama ada di rumah ataupun di pra sekolah ke pendidikan secara formal di Tahun 1. Dengan itu, adalah diharapkan murid- murid yang datang dari pelbagai latar belakang sosio- ekonomi, persekitaran dan pengetahuan akan dapat menyesuaikan diri dan bersedia meneruskan pembelajaran di sekolah.

Berikut beberapa paparan gambar yang sempat dirakam sepanjang program ini;
Hari Orientasi Tahun 1 dan Prasekolah SKJ.


Sesi pendaftaran murid- murid.
Ibu bapa dan waris berkumpul di dewan bagi mendengar taklimat.

Murid- murid berkumpul sebelum masuk ke bilik darjah.

Murid- murid di dalam bilik darjah.