Wednesday, November 19, 2014

KEM 1MURID 1SUKAN

Kem 1Murid 1 Sukan SK Jelutong 2014 telah diadakan pada 17 November 2014 yang lalu. Antara acara yang dipertandingkan ialah bola sepak dan bola baling. Aktiviti ini melibatkan murid- murid Tahun 4 dan 5 sahaja. Kem ini nyata mendapatkan sambutan yang menggalakkan daripada murid- murid.








Monday, November 17, 2014

RIMUP ZON JELUTONG 2014

RIMUP ataupun Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan bertujuan bagi melahirkan insan- insan yang berlainan kaum, agama dan budaya dapat hidup dan bekerja bersama dengan harmonis supaya mewujudkan masyarakat dan negara yang aman dan damai. SK Jelutong telah menjadi pengerusi bagi kelompok 3 Zon Jelutong yang melibatkan SK Jelutong, SK Jelutong Barat dan SJK (C) Heng Hee yang diadakan dari 11- 13 November 2014 yang lalu. Acara telah dijalankan di SK Jelutong Barat melibatkan acara seperti pertandingan pemasangan khemah dan kawad kaki asas.





PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW MSSPP ZON JELUTONG 2014

SK Jelutong telah menyertai kejohanan sepak takraw MSSPP (Bawah 11 Tahun) Zon Jelutong 2014 pada 12- 13 November yang lalu bertempat di Dewan FRU, Air Itam, Pulau Pinang. Menjadi johan kumpulan, pasukan SK Jelutong akhirnya terpaksa akur hanya menduduki tempat ketiga setelah tewas di separuh akhir. Semoga pasukan SK Jelutong kita akan lebih berdaya maju pada masa yang akan datang.






Monday, November 10, 2014

PERTANDINGAN BOLA SEPAK MSSPP ZON JELUTONG 2014

SK Jelutong pada tahun ini telah mencatat sejarah muncul Naib Johan Pertandingan Bola Sepak MSSPP (Bawah 11 Tahun) Zon Jelutong 2014 yang telah berlansung dari 4 - 7 November 2014 yang lalu. Dalam perlawanan akhir tersebut, pasukan SK Jelutong tewas di tangan SK Francis Light (0-2).  Untuk tahun ini, pengelola pertandingan ialah SK Minden Height. Semua perlawanan berlangsung di padang SK Francis Light.




SAMBUTAN HARI KANAK- KANAK 2014

Majlis Sambutan Hari Kanak- Knak 2014 peringkat SK Jelutong telah diadakan pada Jumaat, 7 November yang lalu. Sambutan ini diadakan sebanyak 2 sesi iaitu sesi pagi dan petang. Antara aktiviti yang dijalankan ialah nyanyian lagu Negaraku, lagu Pulau Pinang, lagu sekolah, bacaan doa oleh murid, ucapan Ketua Murid, ucapan Guru Besar, persembahan multimedia, persembahan pra sekolah, penyampaian sijil Ketua Kelas dan Penolong, sijil kehadiran penuh, penyampaian sijil Pengawas Sekolah, Pengawas PSS, sijil Nilam, sijil Pekerti Terpilih dan Anugerah Tokoh Murid 2014.