Tuesday, August 26, 2014

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN PERINGKAT SEKOLAH TAHUN 2014

SK Jelutong telah melancarkan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Peringkat Sekolah bagi Tahun 2014 pada 21 Ogos 2014 (Khamis) yang lalu. Program ini adalah anjuran bersama Panitia Kajian Tempatan, Panitia Sivik & Kewarganegaraan dan Unit Bimbingan Kaunseling. Majlis yang bertemakan "Malaysia Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta' ini dimulakan dengan murid- murid berkumpul di Dataran SK Jelutong diikuti bacaan doa dan nyanyian lagu Negaraku, lagu sekolah dan lagu kemerdekaan. Acara diteruskan dengan ucapan dan perasmian oleh Guru Besar dan nyanyian lagu- lagu patriotik oleh semua guru dan murid.


Wednesday, August 20, 2014

TEMA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN KE-57


"Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta", hari ini diumumkan sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57. Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata tema itu dipetik daripada lirik lagu "Warisan" dipopularkan Allahyarham Sudirman Arshad.

"Saya percaya tema itu akan memberikan kesan mendalam dan lahirkan semangat kecintaan terhadap negara dalam hati semua rakyat," katanya dalam sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Kemerdekaan ke-57.
Beliau juga berharap pemilihan tema itu tidak akan dipolitikkan oleh mana pihak.
Sambutan kemerdekaan tahun ini bermula dengan program doa untuk Malaysia pada 15 Ogos di Masjid Putra, diikuti Kempen Kibar Jalur Gemilang dijadualkan dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 16 Ogos.
Kemuncak sambutan iaitu acara perbarisan dan perarakan Hari Kemerdekaan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos manakala sambutan Hari Malaysia pula di Sarawak pada 16 September.
Ahmad Shabery berkata selain itu Konsert Harmoni Uniti yang menggabungkan artis Malaysia dan Indonesia simbolik kepada semangat kesatuan serantau antara kedua- dua negara juga akan diadakan.
"Bagi mengimbau kenangan konsert Chow Kit Road (oleh Sudirman pada 1986) selain menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat menerusi lagu- lagu Sudirman Konsert Chow Kit Road 2.0 akan diadakan," katanya.
Konsert selama tiga hari bermula 29 Ogos itu dijadual berlansung di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Program Minggu Merdeka pula akan diadakan dari 28 Ogos hingga 1 September dengan menjadikan Kuala Lumpur sebagai laman patriotik dengan pelbagai segmen menarik seperti karnival, pameran, seminar, jualan, pertunjukan dan pelbagai aktiviti berkaitan, katanya. - Bernama, 24 Jun, 2014.

KLIK Download Lagu Tema untuk MP3.

Monday, August 18, 2014

MAJLIS MOHON RESTU MURID TAHUN 6

Pada hari Sabtu, 16 Ogos 2014 yang lalu, satu majlis Mohon Restu untuk murid- murid Tahun 6 SK Jelutong telah diadakan. Majlis bermula jam 8:00 pagi bertempat di Dewan SK Jelutong. Antara pengisian majlis ialah; bacaan doa, kata- kata aluan Penolong Kanan Pentadbiran, taklimat kemasukan ke Tingkatan 1 oleh Penolong Kanan HEM, ceramah keibubapaan oleh Tn. Hj. Hassan b. Ahmad, acara mohon restu, akujanji dan perjumpaan waris dengan guru kelas.




Monday, August 11, 2014

MESYUARAT GURU KALI KE 3 DAN JAMUAN AIDILFITRI 2014

Pada hari Sabtu, 9 Ogos 2014 yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan Mesyuarat Guru kali ke 3 dan Jamuan Aidilfirti 2014. Mesyuarat bermula pada pukul 8:00 pagi dan berakhir pada pukul 12:30 tengahari. Majlis kemudiannya diteruskan dengan Jamuan Aidilfitri untuk semua staf dan kakitangan SK Jelutong.