Thursday, May 28, 2015

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SK JELUTONG KALI KE- 41

Kejohanan Sukan Tahunan SK Jelutong 2015 telah berlangsung dengan jayanya pada Sabtu, 23 Mei 2015 yang lalu. Bertempat di padang sekolah, majlis bermula dengan perarakan masuk kontijen rumah sukan diikuti nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Selepas bacaan doa, majlis diteruskan dengan ucapab aluan Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid diikuti ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Abdul Jabar b. Abdullah. Berikut adalah senarai pemenang pada kejohanan tersebut.
1- Johan Keseluruhan      - Rumah Ixora
2- Johan Perbarisan         - Rumah Daisy
3- Rumah Sukan Terbaik - Rumah Orchid
4- Olahragawan - Muhammad Faris Ikhwan (Daisy)
5- Olahragawati - Amylia Diyana (Orchid)









Monday, May 11, 2015

PROGRAM GOTONG- ROYONG HAPUS AEDES CEGAH DENGGI

Program Gotong- Royong Hapus Aedes Cegah Denggi telah diadakan di SK Jelutong pada hari Sabtu, 9 Mei 2015 bermula jam 8:00 pagi. Program ini melibatkan Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut, Majlis Bandaraya Pulau Pinang, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, ibu bapa dan komuniti, guru- guru dan staf sekolah, Kelab Doktor Muda dan murid- murid Tahun 5 SK Jelutong. Bermula dengan ucapan aluan Tn. Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose b. Majid, ucapan perasmian oleh YDP PIBG, Tn. Hj. Abdul Jabar b. Abdullah, majlis diteruskan dengan ceramah ringkas tentang bahaya denggi oleh pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut. Program diteruskan dengan taklimat gotong- royong dan pembahagian kumpulan. Setelah selesai bergotong- royong, majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari.




Monday, May 4, 2015

SK JELUTONG JOHAN KAWAD KAKI TKRS 2015

SK Jelutong telah mencatat sejarah muncul sebagai Johan Pertandingan Kawad Kaki Unit Beruniform peringkat Daerah Timur Laut 2015 yang berlangsung pada 28 April 2015 (Selasa) bertempat di SMK Air Itam, Georgetown.Pasukan kawad ini dibimbing oleh En. Azwan b. Ismail dan Pn. Syahdayanti bt. Shamsudin dan dilatih oleh En. Yahya yang merupakan anggota JPAM. Apa yang lebih menggembirakan ialah adik Ahmat Akmal bin Ahmat Makbol telah dipilih sebagai ketua platun terbaik peringkat PPDTL. Pasukan ini akan mewakili Daerah Timur Laut ke peringkat Negeri Pulau Pinang pada satu tarikh yang akan ditentukan kemudian. Sekali lagi tahniah diucapkan kepada skuad kawad kaki SK Jelutong.