Monday, July 28, 2014

PELAKSANAAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DENGGI DAN KEMPEN ANTI DENGGI

Pelaksanaan pendidikan pencegahan denggi dan kempen anti denggi telah diadakan sepanjang 21 Julai hingga 25 Julai 2014 yang lalu. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah penerangan khas pendidikan penerangan demam denggi semasa perhimpunan, program "Cari dan Musnah", memasukkan 'Abate" di tempat- tempat yang bertakung, mengedarkan brosur kepada semua murid dan warga sekolah di samping penerangan berterusan berkenaan isu ini. 



Tuesday, July 22, 2014

MAJLIS BERBUKA PUASA/ IFTAR RAMADHAN 1435H

Majlis Berbuka Puasa 2014 telah diadakan pada 11 Julai 2014 (Jumaat) bersamaan 13 Ramadhan 1435 yang lalu. Program ini melibatkan semua pentadbir, tetamu- tetamu jemputan, guru- guru, kakitangan sokongan dan murid- murid Tahun 6. Majlis dimulai dengan Tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani. Solat Maghrib diimamkan oleh Ustaz Mohamad Fairuz bin Abdullah. Jamuan berbuka kemudiannya telah diadakan di kantin SK Jelutong.





KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE-40 2014

Pada 21 Jun 2014 (Sabtu) yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke- 40 sekolah ini. Bermula jam 7:40 pagi, murid- murid mula mengambil tempat di rumah sukan masing- masing diikuti ketibaan para jemputan dan ibu bapa. Acara diteruskan dengan perbarisan murid dan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang dan lagu sekolah. Bacaan doa telah disempurnakan oleh Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani. Guru Besar, Tn. Hj. Abdul Kuthoose bin Majid kemudiannya memberikan ucapan aluan diikuti ucapan perasmian oleh Tn. Hj. Abdul Jabar bin Abdullah, Yang DiPertua PIBG SK Jelutong untuk sesi ini.