SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Jelutong telah diasaskan pada tahun 1874 bertempat di Jalan Perak, Pulau Pinang. Bangunan lama telah dibahagi dua, satu untuk murid- murid lelaki dan satu lagi bagi murid- murid perempuan. Sekolah perempuan mengandungi 4 bilik darjah manakala sekolah lelaki mengandungi 6 bilik darjah. Sekolah lelaki dan perempuan mempunyai Guru Besar masing- masing. Pada ketika itu sekolah- sekolah tersebut dikenali sebagai Sekolah Lelaki Jelutong dan Sekolah Perempuan Jelutong. Kemudian diubah namanya kepada Sekolah Melayu Jelutong dan selepas itu ditukar pula kepada Sekolah Umum Jelutong. Setelah mencapai kemerdekaan namanya ditukar ke Sekolah Kebangsaan Jelutong. Nama Jelutong diambil sempena dengan pohon Jelutong yang banyak terdapat di sekitar mukim Jelutong ketika itu.
Pada tahun 1970, sebuah sekolah baru di Jalan Jelutong berhampiran dengan Jalan Kota Giam telah dibina untuk menampung murid- murid yang semakin ramai. Sekolah baru ini mengandungi 12 buah bilik darjah, dua buah tandas guru dan dua buah tandas untuk murid- murid. YB Encik Abdul Rahman bin Talib, Menteri Pendidikan ketika itu telah merasmikan bangunan tersebut.
Pada tahun 1975, satu perayaan ulang tahun ke 100 sekolah ini telah diadakan. Satu blok bangunan tambahan yang mengandungi 8 buah bilik darjah dan dua buah tandas telah dibina pada tahun 1994. Dengan adanya blok tersebut, semua murid dapat belajar di dalam satu sesi.
Sekolah ini menjadi perintis bernaung di bawah Lembaga Pendidikan Sekolah sehingga ianya diambil alih oleh Lembaga Jemaah Pengurus dan PIBG. Bekas Guru Besar sekolah ini iaitu Dato' Haji Mohamad Nor bin Ahmad telah dianugerahkan sebagai tokoh guru yang pertama peringkat kebangsaan.

SENARAI GURU BESAR

BIL.
NAMA GURU BESAR
TAHUN BERTUGAS
1.
EN. NASARUDIN B. SEHAT
1874  -  1883
2.
EN. PAK YIEH
TIDAK DIKETAHUI
3.
EN. AHMAD B. MUSA
TIDAK DIKETAHUI
4.
EN. HASHIM B. SALLEH
TIDAK DIKETAHUI
5.
EN. OMAR B. SALLEH
TIDAK DIKETAHUI
6.
EN. MOHAMAD B. MD SAID
1923  -  1935
7.
EN. ABDUL RAZAK B. YEOP MOHAMAD
1936  -  1937
8.
EN. HJ. MD. DIN B. CHE MAT
1937  -  1938
9.
EN. OMAR B. KHAMIS
1939  -  1940
10.
EN. ABDUL HAMID B. MOHAMAD
1940
11.
EN. YAHAYA B. ABDUL RAHMAN
1940  -  1947
12.
EN. ABDUL HAMID B. HJ. ISHAK
1948  -  1950
13.
EN. AHMAD B. ASHARI
1950  -  1951
14.
EN. MOHD YUSOFF B. AHMAD
1951  -  1952
15.
EN. MOHD SAMAN B. HJ. RAIS
1952
16.
TN. HJ. MD NOOR B. AHMAD J.P
1952  -  1961
17.
EN. OTHMAN B. ISMAIL
1962  -  1963
18.
EN. MD YUSOFF B. AHMAD P.P.N
1963  -  1969
19.
EN. KECIK B. ABDUL LATIF P.B.S
1969  - 1976
20.
EN. AHMAD B. ABDUL GHANI
1977  -  1979
21.
EN. WAN ARIFFIN B. SHAIK MOHAMAD
1980
22.
TN. HJ. HUSSAIN B. CHE MAT P.J.K
1980  -  1982
23.
TN. HJ. MOHD ZAIN B. REJAB
1983  -  1985
24.
TN. HJ. ISMAIL B. PACHEE
1985  -  1987
25.
TN. HJ. MUHAMAD B. KASSIM
1987  -  1989
26.
TN. HJ. MAT NAYAN B. BAKAR
1991  -  1992
27.
TN. HJ. PAWANCHIK B. AHMAD
1992
28.
TN HJ. MOHD IBRAHIM B. ISMAIL P.J.K
1992  -  1994
29.
EN. SHAIK NORDIN B. ABDUL RAHIM
1994  -  1995
30.
PN. ASNAH BT. HASHIM
1995  -  1998
31.
EN. MOHD YASIN B. OTHUMAN
1998  -  2000
32.
TN. HJ. JOHARI B. MD TAHIR
2000  -  2001
33.
PN. HJH. WAN HABIBAH BT. ABDUL RAHIM
2001  -  2003
34.
PN. NORAZMAH BT. SHUIB
2003
35.
EN. ABDUL QALAM B. HAMID
2005  -  2007
36.
PN. HARISON BT. HARISH
2007  -  2010
37.
TN. HJ. MOHAMAD AZMAN B. HJ. ABDUL AZIZ
2010 HINGGA SEKARANG