Tuesday, December 31, 2013

MAJLIS ORIENTASI PRASEKOLAH & TAHUN 1 2014

MAJLIS ORIENTASI PRASEKOLAH & TAHUN 1 2014

TARIKH   : 31 DISEMBER 2013
HARI        : SELASA
MASA       : 8:00 PAGI
TEMPAT  : DEWAN SK JELUTONG

Majlis dimulakan dengan sesi pendaftaran pada pukul 8:00 pagi. Selepas bacaan doa, semua barisan pentadbir dan guru diperkenalkan kepada ibu bapa dan waris murid- murid. Kemudian, semua murid prasekolah dan Tahun 1 dibawa masuk ke kelas masing- masing sementara ibu bapa dan waris mendengar taklimat daripada Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dan taklimat j-QAF di dewan sekolah. Majlis bersurai pada pukul 12:30 tengahari.












BENGKEL PEMIKIRAN STRATEGIK (PEMBINAAN PELAN TRANSFORMASI SEKOLAH)

Satu bengkel berkenaan pemikiran strategik (Pembinaan Pelan Transformasi Sekolah) telah diadakan di Dewan Kuliah Utama, Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Pulau Pinang pada 30 Disember 2013 (Isnin) yang lalu. Bengkel yang dianjurkan oleh SK Bukit Gelugor ini telah disertai oleh 5 buah sekolah iaitu SK Bukit Gelugor, SK Jelutong, SK Jalan Residensi, SK Bukit Gambir dan SK St. George Balik Pulau. Majlis bermula pada pukul 8:00 pagi dengan sesi ceramah yang telah disampaikan oleh Dr. Balasandran A. Ramiah, pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, Kementerian Pelajaran Malaysia, Genting Highlands. Kemudian, peserta dibahagikan kepada kumpulan- kumpulan kecil untuk memudahkan sesi bengkel tersebut. Majlis berakhir pada jam 2:00 petang.



Tuesday, December 24, 2013

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN DAN PERSEDIAAN BUKA SEKOLAH SESI 2014

MESYUARAT GURU AWAL TAHUN 2014

TARIKH   : 30 DISEMBER 2013
HARI        : ISNIN
MASA       : 8:30 PAGI - 12:30 TENGAHARI
TEMPAT  : BILIK MESYUARAT SK JELUTONG

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Guru Besar, Pn. Hjh. Maznah bt. K. Kader Sultan diikuti oleh pengesahan minit mesyuarat yang lalu. Antara agenda mesyuarat ialah;

1- Perutusan Pengerusi
2- Amanat Pihak Atasan
3- Membentang dan mengesah minit mesyuarat lalu
4- Pengesahan Perlantikan jawatankuasa- jawatankuasa 2014
5- Pembentangan SKT sekolah
6- Pembelajaran dan Pengajaran
7- House Keeping
8- Hal- hal lain




Sunday, December 22, 2013

SENARAI KEPERLUAN PERSEKOLAHAN 2014

Berikut ialah senarai keperluan persekolahan 2014 SK Jelutong;




Thursday, December 12, 2013

ORIENTASI MURID TAHUN 1 2014

Sukacitanya SK Jelutong akan mengadakan Orientasi Murid Tahun 1 untuk tahun 2014  pada ketetapan berikut;

Tarikh     : 31 Disember 2013 (Selasa)
Jam         : 8:30 pagi
Tempat    : Dewan SK Jelutong

Sehubungan dengan itu, ibu bapa yang terlibat dikehendaki hadir bersama- sama murid terlibat dan membawa bersama dokumen- dokumen berikut untuk pendaftaran;

a) Borang Maklumat Murid
b) Salinan Kad Rawatan Imunisasi Kanak- kanak
c) Salinan Sijil Lahir Anak dan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa
d) Salinan Slip Gaji
e) Bayaran Tag Nama RM1.00
f) 2 Keping Gambar Ukuran Pasport

Untuk makluman, senarai bayaran keperluan persekolahan boleh diambil pada hari tersebut. Murid- murid dikehendaki memakai pakaian seragam sekolah. Sekian, terima kasih.


Wednesday, December 4, 2013

KHATAM AL- QURAN PERDANA 2013

SK Jelutong telah mengadakan majlis khatam Al-Quran Perdana 2013 peringkat sekolah pada 18 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat. Majlis yang bertempat di Dewan SKJ ini telah dirasmikan oleh Ustaz Kamal Azmi bin Zainol, pegawai dari Sektor Pendidikan Islam, JPN Pulau Pinang. Di antara objektif program ini ialah;
1- Melahirkan generasi yang celik Al-Quran.
2- Memberi pendedahan kepada murid tentang aturcara mengkhatamkan Al-Quran.
3- Mengeratkan hubungan di antara guru dan murid.
4- Merapatkan hubungan di antara murid dan Al-Quran.
5- Memberi semangat kepada murid Tahun 4 dan 5 agar dapat mengkhatamkan A-Quran secepat mungkin.




Tuesday, December 3, 2013

JAMUAN GURU 2013

Pada hari Sabtu, 19 November yang lalu, satu Jamuan Guru telah diadakan bertempat di G Hotel, Lebuh Gurney,  Pulau Pinang. Majlis bermula pada jam 8:30 malam itu dihadiri oleh kebanyakkan guru dan kakitangan sekolah. Prgram ini telah dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SK Jelutong 2013. Berikut ialah detik- detik menarik tersebut.




HARI KARNIVAL KOKURIKULUM 2013

HARI KARNIVAL KOKURIKULUM SK JELUTONG 2013

TARIKH   : 5 OKTOBER 2013
HARI        :  SABTU
TEMPAT  :  SK JELUTONG



HARI KANAK- KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2013

SK Jelutong telah mengadakan sambutan Hari Kanak- Kanak Peringkat Sekolah pada 25 Oktober 2013 (Jumaat ) yang lalu. Program ini diadakan bagi meraikan kanak- kanak sempena Sambutan Hari Kanak- kanak Sedunia dengan menyampaikan beberapa Anugerah Khas dan menghiburkan mereka dengan persembahan. Ia juga bagi menghargai sumbangan dan peranan mereka di sekolah. Majlis dimulai dengan bacaan doa diikuti dengan persembahan murid seperti 'Marhaban', 'Oh! My English", tarian rampai (joget, zapin, inang), nyanyian solo, action song dan diakhiri dengan penyampaian sijil dan Anugerah Tokoh Murid 2013.



Tuesday, November 12, 2013

SAMBUTAN PINTAR FOUNDATION

Gambar- gambar sekitar program Pintar Foundation.






SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 56

Sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 peringkat sekolah,  satu majlis telah diadakan pada Jumaat, 30 Oktober yang lalu. Majlis yang bertempat di Dewan SKJ telah dimulakan dengan murid- murid berkumpul di dewan pada pukul 10:30 pagi. Majlis diteruskan dengan nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Pulau Pinang, lagu sekolah diikuti ucapan perasmian oleh Yang Berbahagia Puan Guru Besar. Acara- acara lain yang dipersembahkan ialah sajak kemerdekaan, tayangan video kemerdekaan, tarian pra sekolah, tarian joget Malaysia dan penyampaian hadiah dan sijil. Majlis ditamatkan dengan nyanyian lagu patriotik "Malaysia Berjaya" dan "Nyalakan Tekad".



Wednesday, November 6, 2013

PERSARAAN MR. YEOH CHENG POH

SK Jelutong kehilangan seorang guru yang penuh komitmen sepanjang kerjaya beliau di sekolah ini, Mr. Yeoh Cheng Poh yang bersara pada 1 September 2013 yang lalu. Satu majlis meraikan persaraan beliau telah diadakan pada 30 Oktober 2013 bersamaan hari Jumaat sebelum itu. Majlis tersebut turut diserikan dengan kehadiran YDP PIBG sekolah, En. Abdul Jabbar bin Abdullah. Sebelum berpisah, En. Yeoh Cheng Poh telah diraikan dalam satu majlis ringkas dan beliau kemudiannya bersalaman dengan semua murid SK Jelutong. Semoga Cikgu Yeoh Cheng Poh terus maju selepas bersara. Segala jasa beliau di SKJ akan dikenang selalu.



Thursday, August 1, 2013

PERTANDINGAN TEPUK AMAI- AMAI ANTABAX

Kepada warga SK Jelutong dan peminat tepuk anai- anai antabax, undilah video tepuk amai- amai SK Jelutong..

sila tonton video tepuk amai- amai antabax SK Jelutong..
http://www.youtube.com/watch?v=Gb-YsDrZEKg

anda boleh mengundi video kami dengan
1) menekan butang 'like' di page antabax di https://www.facebook.com/NewAntabax?ref=br_tf

2) undi video kami di  https://www.facebook.com/NewAntabax/app_512859992111861



IFTAR RAMADHAN 2013

Pada 19 Julai 2013 yang lalu, SK Jelutong telah mengadakan program berbuka puasa ataupun Iftar Ramadhan. Majlis bermula sejak pukul 6:30 petang hinggalah 8:30 malam bertempat di dewan dan kantin sekolah. Antara pengisian majlis ialah pendaftaran peserta dan guru- guru, bacaan Yassin, tazkirah, persembahan marhaban, berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. Terima kasih kepada pihak pentadbir, guru- guru, PIBG dan semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan majlis ini.







PELANCARAN PROGRAM IHYA' RAMADHAN 2013

Alhamdulillah, SK Jelutong telah pun melancarkan program Ihya' Ramadhan untuk tahun 2013. Majlis pelancaran telah diadakan pada 9 September 2013 (Selasa). Tema bagi tahun ini ialah 'Ramadhan Bulan Keberkatan'. Semoga warga SKJ akan mendapat seribu rahmat dengan kedatangan Ramadhan ini.




Wednesday, July 31, 2013

HARI SUKAN SK JELUTONG 2013

Kejohanan Sukan Tahunan SK Jelutong kali ke-39  telah berlangsung dengan jayanya pada 6 Julai 2013 (Sabtu) bermula jam 8:00 pagi. Kejohanan yang bertempat di padang sekolah ini telah dirasmikan oleh YDP PIBG sekolah, Tuan Hj. Abdul Jabar bin Abdullah. Tahniah kepada rumah Orkid yang telah menjadi Johan keseluruhan. Naib Johan ialah rumah Daisy sementara tempat ketiga dan keempat ialah rumah Jasmine dan Ixora. Tahniah kepada adik Muhammad Solihin bin Sohaimi (Orkid) dan adik Nur Azmira binti Suhaimi (Orkid) yang telah menjadi Olahragawan dan Olahragawati sekolah untuk tahun 2013. Tahniah juga kepada semua guru dan murid SKJ yang bertungkus lumus menjayakan Hari Sukan Sekolah tahun ini. Tahun depan kita jumpa lagi di edisi Hari Sukan seterusnya.