SEKOLAH KEBANGSAAN JELUTONG
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera
Rakan-rakan pendidik dan staf yang dimuliakan.
Sekolah Kebangsaan Jelutong, Pulau Pinang adalah adalah merupakan wadah untuk kita melaksanakan amal ibadah, tanggungjawab dan amanah kepada agama, bangsa dan Negara tercinta. Dewasa ini SKJ adalah merupakan wakil organisasi kerajaan yang memberikan kita rezeki untuk membahagiakan kehidupan rumah tangga. Itulah realiti yang kita akui selama ini.
Sebagai warga pendidik dan staf SKJ, tugas kita sentiasa mencabar pada setiap tahun dan sepanjang masa, sesuai dengan status di antara sekolah cemerlang di peringkat daerah dan negeri. Misi SKJ iaitu Menyediakan pendidikan berkualiti dan seimbang untuk membangunkan sikap, kemahiran dan potensi semua murid menjadi insan cemerlang merupakan semangat untuk menyokong ke arah mencapai matlamat tersebut. Proses penambahbaikan untuk memperbaiki kelemahan, memperkemaskan dokumentasi maklumat dan mempertingkatkan prestasi pencapaian dalam semua bidang adalah tanggungjawab bersama pasukan SKJ.
Visi sekolah iaitu SKJ unggul, penjana generasi terbilang menjadi azimat kepada kita melaksanakan tugas di dalam dan di luar bilik darjah. Pastinya kita perlu lebih komited, lebih dedikasi, lebih proaktif dan lebih kreatif untuk melaksanakan tugas dengan berkesan dan berkualiti supaya berjaya menghasilkan kegemilangan akademik dan kokurikulum anak-anak didik sekolah kita.

Setiap warga SKJ hendaklah sentiasa menyumbang idea, masa dan tenaga dalam satu pasukan. Pasukan yang sentiasa bersepadu, sentiasa tolong-menolong, sentiasa bekerjasama, sama-sama susah dan sama-sama gembira. Nilai - nilai murni ini diharapkan sentiasa menjadi amalan kita.
InsyaALLAH, semoga tuhan memberi petunjuk-Nya kepada kita semasa melaksanakan tanggungjawab dan amanah ini serta memberikan amal ibadah kita di SKJ.
(PN. HADIBAH BT. HASHIM) Guru Besar SKJ