Hari Orientasi Tahun 1 bagi sesi 2012 telah diadakan pada 31 Disember 2011 (Sabtu). Majlis bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 11 pagi. Seramai 74 orang murid telah mendaftar bagi sesi persekolahan 2012. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Rohani bt. Mohd Salleh sementara beberapa orang guru menerangkan perkara- perkara yang berkaitan. Sila klik untuk ke galeri.
Saturday, December 31, 2011
Thursday, December 29, 2011
SK JELUTONG DAPAT PENOLONG KOKURIKULUM BARU
Pada 1 September 2011, sekolah telah kehilangan Penolong Kanan Kokurikulum yang banyak berjasa kepada sekolah, En. Yeoh Eooi Beng yang telah berpindah ke SK Sri Aman, Air Itam, Pulau Pinang. Tempat beliau telah digantikan oleh En. Mohamad Yani b. Hussain dari SK Jelutong Barat.
Tuesday, December 27, 2011
SK JELUTONG CEMERLANG UPSR 2011
Tahniah kepada SK Jelutong di atas kejayaan cemerlang dalam UPSR 2011. Seramai 1o murid telah mendapat 5A. Berikut ialah keratan akhbar Sinar Harian Edisi Utara, 18 November 2011.
GEORGETOWN- Menjadikan rakan sekelas sebagai pesaing untuk berjaya membuakan Asma Adlina Ariffin, bertekad menumpukan perhatian di dalam kelas selain melakukan ulangkaji pelajaran bersama guru dan rakan sehingga berjaya mencapai keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Pengawas Pusat Sumber yang aktif berpesatuan ini berkata, fokus ketika guru mengajar adalah kunci kejayaannya selain sering mencabar diri untuk jadi yang terbaik antara rakan sekelas.
"Saya amat berbangga dengan keputusan yang dicapai hari ini dan berpuas hati kerana hasil usaha selama ini mengulangkaji pelajaran bersama guru dan rakan- rakan membuahkan hasil," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Asma adalah antara 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jelutong yang berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan.
Turut berkongsi kejayaan, Nor Fatin Adilah Nazri, 12, apabila mendapat 5A.
Anak kedua daripada empat beradik itu sangat teruja untuk ke sekolah bagi mendapatkan keputusan yang dikeluarkan semalam.
"Dorongan ibu bapa dan ganjaran yang ditawarkan membuat semangat saya semakin membara. Saya terharu kerana dapat memenuhi kehendak mereka melihat saya mencapai keputusan cemerlang. Selain memberi tumpuan kepada pelajaran, ibu juga selalu berpesan agar tidak lupa beribadat dan berdoa bagi memohon keberkatan dari ALLAH SWT," katanya.
Bagi Siti Aishah Rosni, 12, kejayaan yang dicapai bersama rakan lain adalah hasil pengorbanan dengan mengetepikan keseronokan alam maya apabila dilarang ibunya untuk membuka laman sosial dan bermain permainan video.
Siti Aishah yang bercita- cita menjadi doktor berkata, ibunya sentiasa menerapkan nilai disiplin dalam pelajaran dan memantau semua kerja rumahnya.
Anak bongsu dari tiga beradik yang pernah memperoleh Anugerah Tokoh Pelajar pada hari anugerah kecemerlangan sekolahnya baru- baru ini, berhasrat mengubah nasib keluarganya yang bukan dalam kalangan orang yang berada.
"Ayah saya hanya seorang buruh dan ibu pula tidak bekerja. Saya bertekad mahu mengubah nasib keluarga satu hari nanti," katanya.
Dalam majlis penyampaian slip keputusan kepada calon UPSR, Guru Besar, Mohd Azman Abdul Aziz berkata, kejayaan 10 murid mencapai keputusan 5A menepati sasaran sekolah.
Beliau berkata, walaupun jumlah itu tidak besar namun ianya menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun lalu.
"Saya berharap pada tahun hadapan semakin ramai murid yang akan mengharumkan nama SK Jelutong," katanya.- Sinarharian Utara, 18 November 2011.

PROGRAM PINTAR
YAYASAN CIMB memperuntukkan sejumlah RM2 juta bagi melaksanakan program pendidikan PINTAR di sepuluh sekolah angkatnya di seluruh negara, meningkat 61 peratus berbanding peruntukan tahun lalu.Klik untuk berita penuh.
Monday, December 26, 2011
LAWATAN KE MUZIUM PERANG BATU MAUNG
Pada 2 November 2011, sekolah telah mengadakan lawatan ke Muzium Perang Batu Maung, Pulau Pinang. Ianya melibatkan murid- murid Tahun 6. Murid- murid telah diiringi oleh beberapa orang guru. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Lawatan. Sila klik untuk lihat galeri.
PERSEDIAAN KE TINGKATAN 1
Murid- murid Tahun 6 Sekolah Kebangsaan Jelutong sesi 2011 telah didedahkan dengan persediaan untuk ke Tingkatan 1 2012. Majlis telah diadakan pada 14 Oktober 2011. Ceramah telah disampaikan oleh Hj. Natdzri b. Ahmad, Penolong Kanan HEM SMK Jelutong. Sila klik untuk lihat galeri.
PAMERAN AADK TIMUR LAUT
Satu pameran oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Timur Laut telah diadakan pada 13 Okbober 2011 di Dewan Sekolah Kebangsaan Jelutong. Pameran ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada murid- murid tentang bahayanya penyalahgunaan dadah. Ceramah telah disampaikan oleh En. Mohd Iqzul l Hurairrah Abd. Talib dan En. Abu Johari Mohamed Burhan. Program ini adalah anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling, Unit Disiplin dan Unit 3K. Sila klik untuk lihat galeri.
CERAMAH ANTI JENAYAH
Pada 13 Oktober 2011, satu Ceramah Anti Jenayah telah diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Jelutong. Majlis ini telah dijayakan oleh Ibu Pejabat Polis Timur Laut. Ceramah telah disampaikan oleh Inspektor Lnnie Marysia. Program ini adalah anjuran Unit Kaunseling, Disiplin dan 3K. Sila klik untuk lihat galeri.
PERSEDIAAN AWAL REMAJA MUSLIM
Bagi murid- murid Tahun 6 2011, satu majlis Persediaan Awal Remaja Muslim telah diadakan pada 11 Oktober 2011 bertempat di Dewan Sekolah Kebangsaan Jelutong. Ceramah telah disampaikan oleh Ustaz Mohd Fadhly Hasbullah, seorang perunding motivasi dari SMK Pondok Upeh, Balik Pulau. Program ini adalah anjuran Unit Kaunseling dan Panitia Agama Islam SK Jelutong. Sila klik di sini untuk lihat galeri.
Wednesday, October 5, 2011
MAJLIS KHATAM AL-QURAN PERDANA 2011
Majlis Khatam Al-Quran Perdana bagi Sekolah Kebangsaan Jelutong bagi sesi 2011 telah berjaya dilaksanakan pada hari Jumaat, 30 September 2011 yang lalu. Majlis yang mengumpulkan murid- murid bagi Tahun 6 untuk mengkhatamkan Al-Quran telah dirasmikan oleh Penolong Pengarah j-QAF PPD Timur Laut, Ustaz Radwan bin Othman.
Monday, July 18, 2011
KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN 2011 KALI KE 37
Kejohanan Sukan Tahunan 2011 kali ke 37 telah berlangsung pada hari Sabtu, 16 Julai 2011 yang lalu. Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada yang terlibat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan kejohanan kali ini. Berikut adalah keputusan bagi acara- acara yang dipertandingkan;
JOHAN KESELURUHAN : RUMAH ORCHID
NAIB JOHAN : RUMAH DAISY
JOHAN PERBARISAN : RUMAH ORCHID
JOHAN HIASAN KHEMAH RUMAH : RUMAH ORCHID
Tuesday, July 5, 2011
AHLAN WASAHLAN 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera,,,insyaallah mulai Julai 2011, blog SK Jelutong ini akan sentiasa dikemaskini...
Subscribe to:
Posts (Atom)