SK Jelutong telahpun mengadakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kali ke- 37 dengan jayanya pada 31 Mac 2012 yang lalu. Mesyuarat telah diadakan di Dewan SK Jelutong. Majlis yang sepatutnya dirasmikan oleh Koperal Mohd Nor bin Napiah, Pegawai Perhubungan Sekolah, Balai Polis Jelutong telah dirasmikan oleh Yang Berusaha Tuan Guru Besar, En. Mohd Azman bin Abdul Aziz. Majlis bermula pada jam 8:30 pagi dan berakhir pada 12:30 tengahari.
Monday, April 2, 2012
MERENTAS DESA 2012
Pada 24 Mac 2012 (Sabtu), SK Jelutong telah mengadakan acara Merentas Desa yang disertai oleh murid- murid Tahun 4, 5 dan 6. Acara dimulakan dengan acara senamrobik yang dikendalikan oleh guru- guru pelatih dari IPG Kampus Pulau Pinang. Acara telah dirasmikan oleh En. Mohd Yani b. Hussin, Penolong Kanan Kokurikulum SK Jelutong.
Monday, February 20, 2012
SAMBUTAN MAULIDURRASUL 2012
Sambutan Maulidurrasul Peringkat Sekolah Tahun 2012 telah diadakan dengan jayanya pada 11 Februari 2012 (Sabtu). Majlis bertempat di Dewan SK Jelutong. Majlis dimulakan dengan perarakan murid- murid ke kawasan berdekatan sekolah. Ceramah agama telah disampaikan oleh Ustaz Fakrul Faris bin Abdullah dan juga Ustaz Mohd Shaffi bin Yusof Ghani. Majlis turut diserikan dengan bacaan Al-Quran, sajak, nasyid, bercerita kisah Nabi, permainan interaktif, kuiz, bacaan Selawat dan sebagainya. Program ini dianjurkan oleh Panitia Agama Islam dan j-QAF SK Jelutong.
PROGRAM JAYA WARIS
Pada 21 Januari 2012 (Sabtu), sekolah telah menganjurkan Program Jaya Waris bertempat di dewan sekolah . Majlis bermula pada pukul 8:30 pagi dan berakhir pada jam 10:30 pagi. Ucapan aluan telah diberikan oleh Pn. Ruhani bt. Hj. Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran. Ibu bapa dan waris diberikan taklimat berkenaan Program Kecemerlangan UPSR 2012. Sebelum majlis berakhir, satu sesi interaksi antara ibu bapa dan waris bersama guru- guru Tahun 6 telah diadakan.
Saturday, December 31, 2011
HARI ORIENTASI TAHUN 1 2012 - SELAMAT DATANG KE SK JELUTONG
Hari Orientasi Tahun 1 bagi sesi 2012 telah diadakan pada 31 Disember 2011 (Sabtu). Majlis bermula pada pukul 8 pagi dan berakhir pada 11 pagi. Seramai 74 orang murid telah mendaftar bagi sesi persekolahan 2012. Ucapan aluan telah disampaikan oleh Penolong Kanan Pentadbiran, Pn. Rohani bt. Mohd Salleh sementara beberapa orang guru menerangkan perkara- perkara yang berkaitan. Sila klik untuk ke galeri.
Thursday, December 29, 2011
SK JELUTONG DAPAT PENOLONG KOKURIKULUM BARU
Pada 1 September 2011, sekolah telah kehilangan Penolong Kanan Kokurikulum yang banyak berjasa kepada sekolah, En. Yeoh Eooi Beng yang telah berpindah ke SK Sri Aman, Air Itam, Pulau Pinang. Tempat beliau telah digantikan oleh En. Mohamad Yani b. Hussain dari SK Jelutong Barat.
Tuesday, December 27, 2011
SK JELUTONG CEMERLANG UPSR 2011
Tahniah kepada SK Jelutong di atas kejayaan cemerlang dalam UPSR 2011. Seramai 1o murid telah mendapat 5A. Berikut ialah keratan akhbar Sinar Harian Edisi Utara, 18 November 2011.
GEORGETOWN- Menjadikan rakan sekelas sebagai pesaing untuk berjaya membuakan Asma Adlina Ariffin, bertekad menumpukan perhatian di dalam kelas selain melakukan ulangkaji pelajaran bersama guru dan rakan sehingga berjaya mencapai keputusan 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini.
Pengawas Pusat Sumber yang aktif berpesatuan ini berkata, fokus ketika guru mengajar adalah kunci kejayaannya selain sering mencabar diri untuk jadi yang terbaik antara rakan sekelas.
"Saya amat berbangga dengan keputusan yang dicapai hari ini dan berpuas hati kerana hasil usaha selama ini mengulangkaji pelajaran bersama guru dan rakan- rakan membuahkan hasil," katanya kepada Sinar Harian di sini semalam.
Asma adalah antara 10 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Jelutong yang berjaya mendapat 5A dalam keputusan UPSR yang diumumkan.
Turut berkongsi kejayaan, Nor Fatin Adilah Nazri, 12, apabila mendapat 5A.
Anak kedua daripada empat beradik itu sangat teruja untuk ke sekolah bagi mendapatkan keputusan yang dikeluarkan semalam.
"Dorongan ibu bapa dan ganjaran yang ditawarkan membuat semangat saya semakin membara. Saya terharu kerana dapat memenuhi kehendak mereka melihat saya mencapai keputusan cemerlang. Selain memberi tumpuan kepada pelajaran, ibu juga selalu berpesan agar tidak lupa beribadat dan berdoa bagi memohon keberkatan dari ALLAH SWT," katanya.
Bagi Siti Aishah Rosni, 12, kejayaan yang dicapai bersama rakan lain adalah hasil pengorbanan dengan mengetepikan keseronokan alam maya apabila dilarang ibunya untuk membuka laman sosial dan bermain permainan video.
Siti Aishah yang bercita- cita menjadi doktor berkata, ibunya sentiasa menerapkan nilai disiplin dalam pelajaran dan memantau semua kerja rumahnya.
Anak bongsu dari tiga beradik yang pernah memperoleh Anugerah Tokoh Pelajar pada hari anugerah kecemerlangan sekolahnya baru- baru ini, berhasrat mengubah nasib keluarganya yang bukan dalam kalangan orang yang berada.
"Ayah saya hanya seorang buruh dan ibu pula tidak bekerja. Saya bertekad mahu mengubah nasib keluarga satu hari nanti," katanya.
Dalam majlis penyampaian slip keputusan kepada calon UPSR, Guru Besar, Mohd Azman Abdul Aziz berkata, kejayaan 10 murid mencapai keputusan 5A menepati sasaran sekolah.
Beliau berkata, walaupun jumlah itu tidak besar namun ianya menunjukkan peningkatan positif berbanding tahun lalu.
"Saya berharap pada tahun hadapan semakin ramai murid yang akan mengharumkan nama SK Jelutong," katanya.- Sinarharian Utara, 18 November 2011.

Subscribe to:
Posts (Atom)