Tuesday, January 27, 2015

MAJLIS WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS 2015




PROGRAM : MAJLIS LANTIKAN PENGAWAS 2015
TEMPAT     : DEWAN SKJ
MASA         : PERHIMPUNAN PAGI

Matlamat
Memastikan pengawas sentiasa bermotivasi dan berkeyakinan dengan pengiktirafan yang diberi.

Objektif
1- Memberi pengiktirafan kepada pengawas agar sentiasa dihargai.
2- Menimbulkan rasa tanggungjawab menjalankan tugas melalui pengiktirafan ini.
3- Memberi pendedahan kepada pengawas tentang majlis- majlis rasmi.

Ikrar

Bahawa kami pengawas- pengawas Sekolah Kebangsaan Jelutong berikrar akan memikul tugas yang diamanahkan dengan penuh ikhlas dan jujur dalam melaksanakan peraturan- peraturan disiplin sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Kami juga berikrar akan menjalankan tugas
berdasarkan prinsip- prinsip berikut:

- Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip- prinsip rukun negara
- Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi, dan bertanggungjawab
- Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
- Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik
- Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekolah

No comments: